Ejen kepada pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai mahu membawa pemain itu untuk beraksi dalam saingan Liga Thailand selepas gagal untuk menyinar di Eropah.
Baca Juga:
- Presiden Pau FC Akui Bawa Masuk Nguyen Quang Hai Kerana Tujuan Pemasaran
- Nguyen Quang Hai Kini Jadi Pemain Buangan Di Perancis
- Piala AFF: Media Vietnam Kritik Nguyen Quang Hai
Menurut perkongsian Main Stand International, ejen kepada Quang Hai iaitu Michele Donato Fersini menegaskan pihaknya sedang menunggu lamaran dari kelab Thailand dan tidak akan membawa pemain itu untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Vietnam.
“Saya sedang menunggu tawaran yang sesuai daripada Liga Thailand untuk klien saya. Mari sama-sama kita tunggu bagaimana masa depan untuk pemain saya,” kata Michele.
Quang Hai yang sebelum ini beraksi dengan skuad utama kini diarahkan untuk bermain dengan pasukan pembangunan yang beraksi di divisyen lima ekoran gagal menampilkan prestasi baik selepas pulang dari beraksi di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Sebelum pulang ke Vietnam, pemain berusia 25 tahun itu mendapat peluang dimana beliau membuat 12 penampilan dan menjaringkan satu gol bersama Pau dalam semua kejohanan.
Nguyen Quang Hai diminta untuk beraksi dengan pasukan pembangunan di divisyen kelima dan baru-baru ini beliau tampil dalam perlawanan menentang CA Neuville yang mana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Menurut laporan media Vietnam, keputusan tersebut diambil Tholot kerana beliau mahukan pemain itu untuk meningkatkan lagi penguasaan bola selain meningkatkan tahap kemampuan serta kepercayaan dalam diri pemain itu.
Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray kemudiannya menegaskan beliau tidak menolak hakikat bahawa langkah kelab Ligue 2 itu membawa masuk Nguyen Quang Hai ke dalam pasukan adalah berikutan tujuan pemasaran.
“Sudah tentu, kami bercakap tentang aspek pemasaran (mengulas tentang kehadiran Nguyen Quang Hai),” ujar Laporte-Fray menurut laporan Main Stand – International.
“Kami mahu dia menjadi seperti Lionel Messi yang sebenar tetapi dia telah menghadapi persekitaran baharu, sesuatu yang berbeza dihadapinya ketika di Vietnam.”
“Bukan mudah buatnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Dia juga suka menyendiri dan tidak boleh bercakap bahasa Perancis walaupun sudah menyertai kelas bahasa,” katanya.