Ejen kepada jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik iaitu Myeongho Jeong enggan untuk menekan break dalam pertelingkahan beliau bersama Zamsaham apabila baru-baru ini Jeonh menyindir pemilik TRW Kelantan itu.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Jeong menyindir Zamsaham dimana beliau menggesa ahli perniagaan itu untuk belajar undang-undamg FIFA.
Jeong membuat komen sedemkian ekoran kenyataan Zamsaham baru-baru ini yang menegaskan pihaknya akan menukar jurulatih sekiranya ketua jurulatih baharu, Frank Bernhardt mengalami lima kekalahan musim ini.
[caption id="attachment_212049" align="alignnone" width="1050"] Sumber Gambar: Myeongho Jeong[/caption]
“Saya beritahu Frank Benhardt, saya tahu prestasi kamu dekat UiTM FC, kamu adalah jurulatih profesional, jadi saya harap kamu capai sasaran KPI kita tahun ini.
“Kalau tak capai, kita akan tukar [jurulatih lagi]. Takkanlah kita nak buat bodoh sahaja kalau dia tak capai sasaran ditetapkan Tetapi dalam kontrak beliau [Berhardt], kalau dia kalah 5 kali, maka kita akan tukar,” katanya.
Zamsaham mengakui bahawa persetujuan tentang perkara itu sudah dicapai dengan Frank Bernhardt sebelum perlantikannya.
Bercakap tentang konflik dengan Choi Moon-sik, Zamsaham mendedahkan bahawa jurulatih itu seorang yang culas membuat laporan prestasi dan data statistik untuk dihantar kepadanya.
Dia sendiri hairan apabila pengendali asal Korea Selatan itu menyatakan bahawa laporan adalah tidak penting.
“Saya rasa mana mana orang yang berkerja di dunia ini, perlu menghantar laporan kepada pengurusan, untuk disimpan sebagai rekod [filing] untuk penilaian penilaian seterusnya,” tegas