Eiji Kawashima, satu nama yang tidak asing dalam dunia bola sepak Jepun sebagai salah seorang penjaga gol terbaik pernah dilahirkan dari negara matahari terbit.
Sebagai seorang penjaga gol kebangsaan skuad Samurai Blue, Eiji Kawashima tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan. Tetapi diluar padang, beliau merasakan melakukan kesalahan bukanlah sesuatu yang membebankan, seperti mempelajari bahasa baru.
Eiji Kawashima merasakan bahawa kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya memahirkan diri dalam sesuatu bahasa asing yang baru.
Memetik sebuah artikel dari Japan Times dalam satu program bersama Rosetta Stone language yang dihadiri oleh Eiji Kawashima di Tokyo, beliau memberitahu kepentingan untuk atlit yang mahu dan memasang cita-cita untuk beraksi diluar negara mampu berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan dalam bahasa ibunda mereka.
“Kebolehan untuk bertutur dalam bahasa dimana kita berada, membuatkan kita mampu untuk lebih ekspresikan diri yang banyak menyumbang kepada prestasi maksima”, kata Kawashima.
Untuk pengetahuan pembaca juga, Eiji Kawashima juga merupakan ‘proposer‘ kepada satu software program latihan bahasa kepada atlit Jepun dan jurulatih yang mahu beraksi diluar negara ketika masih beraksi untuk kelab Belgium S.K Lierse.
Menurutnya lagi, beliau tidak kisah mengenai bagaimana untuk meluaskan lagi program ini tetapi apa yang lebih penting adalah mahu melihat lebih ramai atlit maju ke tahap dunia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran bahasa.
Semasa zaman Alberto Zaccheroni bertindak sebagai ketua jurulatih kebangsaan Jepun, Eiji Kawashima selalu terlibat dalam menterjemahkan mesej yang disampaikan kepada pemain semasa sesi latihan dan tidak semuanya sempurna. Beliau tidak takut, tetapi itulah cara untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan memahami bahasa asing.
Sehingga sekarang, Eiji Kawashima boleh bertutur dalam 5 bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Itali, Belanda, Perancis dan Portugis.
Sudah ramai atlit terutama pemain bola sepak Jepun yang menyedari perkara ini dan mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dimana mereka beraksi seperti Yuto Nagatomo, Hidetoshi Nakata, Shinji Kagawa, Shinji Okazaki, Makoto Hasebe, Hajime Hosogai, Masahiko Inoha dan ramai lagi.
VocketFC sendiri pernah melihat didepan mata bagaimana, pemain paling tua didunia Kazuyoshi Miura, menjadi penterjemah kepada jurulatih pasukan Yokohama FC ketika sesi latihan dan ianya mudah difahami.