Manchester City kini hanya perlukan satu lagi kemenangan bagi melengkapkan musim ‘treble’ apabila menewaskan Manchester United 2-1 pada final Piala FA hasil dua gol Ilkay Gundogan.
Baca Juga:
- Guardiola Kecewa Manchester City Jadi Mangsa Kedengkian Pasukan Lain
- Nottingham Forest vs Arsenal: Gunners Keciciran Mata, Man City Rasmi Juara
- Disingkirkan City, Tuchel Hentam Kualiti Padang Dan Pengadil Gred E
Kapten City itu mencatat nama dalam buku rekod apabila menjaringkan gol terpantas pada final Piala FA apabila meledak voli dalam tempoh 12 saat.
United yang mencari dua kejuaraan domestik dalam musim yang sama buat pertama kali dan memusnahkan harapan City untuk menyamai rekod mereka pada 1999, menyamakan kedudukan apabila Bruno Fernandes menyempurnakan penalti pada minit ke-33.
Namun Gundogan kembali memberi kelebihan buat City sekali lagi menerusi voli tujuh minit sebelum rehat babak pertama dan Pep Guardiola mempertahankan gawang mereka daripada tekanan pada penghujung aksi untuk menang trofi berkenaan buat kali ketujuh.
Juara Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan Inter Milan pada final Liga Juara-Juara Sabtu depan dengan kemenangan akan membolehkan mereka menyamai kejayaan ‘treble’ United pada musim 1998-1999.
Man City juga meraikan kejayaan menjuarai EPL buat kali ketiga berturut turut.