Legenda Chelsea dan Ivory Coast,Didier Drogba diumum gagal untuk menyertai pemilihan presiden FA negara tersebut – Persatuan Bola Sepak Ivory Coast (AFI).

Ini selepas Drogba gagal mendapatkan mandat daripada undian saringan awal yang diadakan.

Oleh sebab itu Drogba tidak layak bertanding dalam pemilihan FIF yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Pada Khamis, lembaga pemilihan Presiden FIF mengesahkan Drogba tidak cukup pencalonan daripada ahli gabungan yang membuatkan beliau gagal untuk menyertai pemilihan yang sebenar.

Awal bulan ini Didier Drogba telah menghantar pencalonannya di pejabat FIF di Abidjan dengan diiringi dengan sekumpulan besar penyokongnya yang percaya bahawa beliau adalah orang yang tepat dalam mengendalikan badan bola sepak tersebut.

Didier Drogba dengan tegas menyatakan bahawa bola sepak Ivory Coast sudah parah dan perlu untuk dirawat segera.

Selain daripada Drogba, seorang lagi calon yang ditolak pencalonan ialah
Paul Koffi Kouadio.

Ini bermakna cuma ada dua calon yang sah akan bertanding pada ketika ini. Pertamanya ialah Diabate yang merupakan penyandang jawatan timbalan presiden.

Dan seorang lagi ialah Yacine Idriss Diallo yang merupakan bekas presiden

Walaubagaimanapun Drogba dan Kouadio, diberikan masa lima hari bermula Khamis lalu untuk mengemukakan rayuan.

Kegagalan pencalonan Didier Drogba kali ini menyebabkan AFI dikecam hebat.

Antara yang lantang mengutuk ialah Yaya Toure. Di mana Yaya Toure menyifatkan kecuaian AFI punca Drogba tidak dapat bertanding.

Baca juga perkembangan lain

Barcelona Mahu Sadio Mane Ganti Messi Jika Pemain Itu Pergi

Harry Maguire Akhirnya Buka Mulut Insiden Di Greece

Bekas Pemain City, Percaya Messi Tak Akan Sertai Man City Dan Terus Kekal Di Barca