Gianluigi Donnarumma ternyata tidak berselindung ketika berkongsi pandangan tentang situasinya di PSG.
Di mana Donnarumma bukanlah penjaga gol no.1 yang konsisten. Sebaliknya dia perlu menerima penggiliran dengan Keylor Navas ketika di kelab tersebut.
Beberapa bulan lalu, ejen kepada Donnarumma, Mino Raiola menyatakan bahawa Donnarumma sudah pastinya akan menjadi no.1 di PSG. Dan tidak perlu dibincangkan lagi.
Namun sebenarnya, beliau tidak diberikan slot no.1 yang konsisten. Dan dalam beberapa perlawanan Donnarumma menjadi pemain simpanan dan hanya menyaksikan Keylor Navas beraksi.
Donnarumma mengakui beliau agak tidak gembira dengan situasi tersebut namun memberikan jaminan bahawa ia tidak mengganggu prestasinya sama sekali.
Donnarumma berkata: “Ianya tidak mempengaruhi persembahan saya. Namun ianya agak mengganggu [mentaliti] saya sedikit.”
“Ianya agak menyakitkan kerana sebelum ini saya sentiasa menjadi pemain kesebelasan utama [di AC Milan] dan kadangkala, saya berasa agak kecewa duduk di bangku simpanan.”
“Namun saya yakin situasi ini akan diselesaikan.”
DONNARUMMA EXCLUSIVO! Nossa @claalbuquerque falou com o goleiraço da Itália após o empate contra a Suíça! Na pauta, Copa do Mundo, reserva no PSG e mais! #EliminatóriasNaTNTSports pic.twitter.com/VDOTA8ZKzb
— TNT Sports BR (@TNTSportsBR) November 12, 2021
Donnarumma menyertai PSG musim ini sebagai ejen bebas. Donnarumma merupakan salah seorang bakat elit dalam bola sepak sejak usianya yang sangat muda.
Sejak persaraan Gianluigi Buffon, Donnarumma berjaya menjadi penjaga gol utama skuad kebangsaan Itali. Beliau turut membantu Azzurri menjuarai Euro 2020 yang lalu.