Pemain jentera serangan Liverpool, Diogo Jota mengakui kesukaran yang dilalui pada musim lalu membuatkan dirinya  lebih kuat untuk menghadapi kempen 2023/24.

Baca Juga:

Kecederaan betis dan hamstring yang dialami pemain kelahiran Portugal itu menyaksikan beliau kurang bernasib baik pada permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hal ini kerana berikutan dua kecederaan tersebut, beliau hanya diturunkan pada empat perlawanan ketika pusingan pertama liga musim lalu.

Satu keadaan yang cukup membuatkan Jota merasakan dirinya tidak berada dalam kempen yang cukup baik dalam usahanya membantu pasukan meskipun berjaya menyumbang tujuh gol pada sembilan aksi terakhir dalam saingan liga.

Malah, Liverpool juga dilihat tidak berada dalam prestasi baik pada musim lalu dimana mereka hanya menamatkan saingan di kedudukan kelima serta terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Keadaan itu bagaimanapun disifatkan oleh Jota sebagai proses pembelajaran buatnya untuk tampil lebih baik bagi menghadapi musim baharu.

“Saya merasakan itulah kecantikan dalam bola sepak, menghadapi satu musim yang sukar, banyak perkara salah yang berlaku dan perkara baiknya ialah kami mempunyai permulaan yang baharu.”

“Kami tidak sabar untuk melakukan semuanya bersama-sama dan kembali ke tahap kami seperti sebelum musim lalu. Itulah yang dimaksudkan dengan permulaan baharu.”

“Dengan semua yang berlaku, ia adalah proses pembelajaran dan saya sudah tentu belajar beberapa perkara yang akan saya bawa bersama untuk masa depan. Saya mengalami sedikit kecederaan dan saya tidak dapat membantu pasukan dalam banyak perlawanan.”

“Jelas sekali sentiasa bagus untuk memulakan pramusim kerana ia memberikan anda peluang untuk bersedia dan cergas sepanjang musim. Itulah perancangan saya sekarang.”

“Itulah yang paling kami suka lakukan, bermain bola sepak. Seronok dapat berehat, melihat keluarga, menikmati musim panas. Tetapi kami profesional daam kami perlu bersedia untuk kembali beraksi,” ujar Diogo Jota menurut sumber laman sesawang rasmi Liverpool.

 

Sumber