Corak permainan meyakinkan daripada bek kiri Jerman, Robin Gosens dalam kempen Euro 2020 telah menarik minat gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut bagi menghadapi saingan 2021/22.
Meskipun Jerman tersingkir daripada persaingan selepas kecundang di pusingan 16, aksi yang ditampilkan Gosens jelas mencuri tumpuan terutamanya ketika beliau menjaringkan gol dan mencipta bantuan gol sewaktu menentang Portugal.
Minat ditunjukkan Barcelona itu pastinya membuatkan pemain kelab Serie A, Atalanta itu teruja dimana beliau dikatakan tidak berdepan masalah untuk berhijrah ke kelab tersebut.
Tetapi sebaik sahaja cabaran di Euro tamat ketika ini masih belum mahu memberikan kata putus mengenai masa depannya dan akan berbincang bersama ejen yang juga merupakan ayah beliau sendiri.
“Kami akan melihat perkara tersebut pada ketika ini. Sepanjang kejohanan Euro, saya memberitahu ayah saya bahawa dia harus membiarkan saya sendiri memikirkan topik tersebut,” ujar Gosens menurut laporan Goal.
”Sekarang saya kembali lagi ke rumah, saya akan berbincang dengannya dan melihat apakah ada sesuatu terhadap perkara ini.”
“Saya tidak berbohong ketika saya mengatakan saya tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ini. Segala tumpuan saya pada ketika itu adalah berkenaan dengan cabaran di Euro.”
“Ketika sesuatu terjadi, mari kita tunggu dan lihat,” tambah Gosens lagi.
Menyertai Atalanta pada musim 2019/18 daripada Heracles Almelo, Robin Gosens telah membuat 149 penampilan bersama kelab tersebut dan berjaya menjaringkan 27 gol serta mencipta 22 bantuan jaringan.
Baca artikel lain mengenai perjalanan skuad Jerman dalam Kejuaraan Euro 2020:
Euro 2020: Gol Goretzka Selamatkan Maruah Jerman, Bakal Hadapi England
Euro 2020: Kebangkitan Bergaya Jerman Buat Portugal Berputih Mata