Paul Pogba terus dirundung dugaan dalam hidupnya apabila dia digantung daripada bola sepak kerana gagal dalam ujian doping.

Baca Juga:

Juventus sudah menerima arahan daripada Badan Anti Doping Itali dan menyatakan kelab akan mempertimbangkan langkah seterusnya.

Juventus mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Pogba yang masih berbaki 2 musim lagi.

Pogba yang tidak banyak beraksi sejak kembali semula ke Juventus banyak menghabiskan masanya di bilik rawatan kerana kecederaan.

Kini pemain itu perlu berehat lagi daripada bola sepak kerana larangan ke atasnya.

Pogba didapati ada lebih unsur testosterone dalam badannya ketika satu ujian rawak dibuat oleh Badan Anti Doping Itali ketika perlawanan antara Juventus dan Udinese – menurut laporan Corriere Dello Sport dan beberapa wartawan lain di Itali.

Di mana Pogba tidak bermain dalam perlawanan tersebut.

Beberapa jam sebelum berita Pogba gagal dalam ujian doping, pemain itu mengumumkan bahawa dia mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak.

Namun bukan kerana dia digantung oleh badan Anti Doping, tetapi kerana masih berterusan digugut oleh gangster di mana abangnya menjadi dalang.

Pogba menyatakan dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan sedia untuk meninggalkan bola sepak yang menawarkan gaji jutaan Euro.

“Wang boleh mengubah seseorang. Wang boleh memutuskan hubungan kekeluargaan. Wang boleh mencetuskan peperangan. Kadangkala, saya terfikir seorang diri: ‘Saya tak nak ada wang lagi’.”

“Saya dah tak nak main bola sepak lagi, Saya cuma mahu menjadi orang biasa, barulah mereka akan sayangkan saya, bukan sayangkan saya atas sebab kemahsyuran, bukan sebab wang. Kadangkala ianya sangat sukar.”

https://twitter.com/VMarioko/status/1701290250532802671

Tahun lalu abang Pogba, Mathias Pogba membuat kenyataan mengejutkan apabila menuduh adiknya sebagai orang yang jahat dan mahu mendukunkan Mbappe.

Pogba menafikan tuduhan liar itu. Dan menegaskan bahawa dia diugut abangnya sendiri yang meminta €13 juta daripadanya. Wang itu dituntut oleh abangnya dan rakan rakannya yang merasakan mereka berhak mendapat wang itu kerana pernah menjaga Pogba.

Sebelum itu Pogba pernah menghalau seorang kawan baiknya dari kecil yang tinggal bersamanya di rumahnya di Manchester, selepas kawannya itu menggunakan kad kreditnya tanpa kebenarannya.

Paul Pogba Buat Laporan Polis, Jadi Mangsa Peras Ugut Bersenjata Oleh Abang Dan Rakannya Sendiri