AC Milan dibelasah Inter dalam aksi Derbi Della Madoninna yang menjadi perhatian dunia semalam.
Baca Juga:
- Fabrizio Romano: Inter Milan & Man United Capai Kesepakatan Harga Onana
- AC Milan Harap Chelsea Kurangkan Lagi Harga Pulisic Kerana Terlalu Mahal
- Gara Gara Maguire, Man United Terlepas Pavard Ke Tangan Inter Milan Dengan Harga Lebih Murah
Pengurus AC Milan, Stefano Pioli tidak merasakan bahawa kekalahan 5-1 kepada Inter Milan dalam perlawanan derbi menjejaskan kualiti skuadnya.
Bercakap kepada DAZN Itali selepas perlawanan, pengurus Rossoneri itu memberikan reaksinya terhadap kekalahan yang amat berat buat pasukannya.
Sebelum perlawanan derbi semalam, ramai yang telah menandakan pertembungan antara Inter dan Milan sebagai perlawanan yang berpotensi memberikan implikasi kepada persaingan kejuaraan Serie A.
Kedua-dua pesaing dari bandar Milan telah menikmati permulaan yang sempurna untuk musim ini. Lantas ramai yang menganggap perlawanan ini akan menjadi sengit dan seimbang.
Namun, jaringan yang dicatatkan menceritakan kisah yang berbeza pada akhirnya. Nerazzurri meledak lima gol mengatasi penjaga gol Milan, Mike Maignan.
Inter mengekalkan permulaan sempurna kempen mereka, sementara mereka memastikan bahawa rekod kemenangan Rossoneri ditamatkan dengan cara sangat memalukan.
Tetapi bagi jurulatih Milan, Pioli, tidak ada gunanya terlalu memikirkan soal kekalahan ini.
Jurulatih itu percaya, tanpa ambil pusing keputusan AC Milan dibelasah Inter 5-1 itu, dia masih menganggap skuad AC Milan memiliki kualiti yang sangat baik.
Pioli berkata: “Perlawanan berjalan seperti yang mereka mahu.”
“Kemudian ia menjadi sukar untuk mencuba dan mengawalnya semula.”
“Saya membuat penggantian, dan kami menerima penalti serta-merta,” kata Pioli.
“Inter adalah pasukan yang kuat, tetapi kami juga kuat,” kata jurulatih Milan itu.
“Kami masih boleh bersaing untuk kejuaraan liga, dan untuk tempat teratas dalam carta liga.”
Dia menambah: “Keputusan hari ini tidak menjejaskan kualiti dan kedalaman [depth] skuad saya.”
Henrik Mkhitaryan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Sementara 3 lagi gol adalah menerusi Marcus Thuram, Hakan Calhanoglu dan Davide Fratessi.
Sementara gol saguhati AC Milan menerusi Rafael Leao.