Antonio Conte berjaya menewaskan anak didiknya, Andrea Pirlo dalam Derbi d’Italia. Dengan kemenangan ini maka Inter Milan kini menyamakan mata dengan pendahulu – AC Milan. Namun Milan masih ada baki satu perlawanan. AC Milan akan turun berhadapan dengan Cagliari pada hari ini,
Arturo Vidal kembali menjaringkan gol dalam Serie A selepas hampir enam tahun. Di mana gol terakhirnya itu adalah pada 2015 bersama dengan Juventus.
Namun perhatian pastinya kepada Nicolo Barella yang menjadi pencipta gol pertama dan dia sendiri menjadi penjaring gol kedua Inter pada separuh masa kedua.
π | FOCUS
NicolΓ² Barella vs Juventus:
β±οΈ 90' played
π 72 touches
β½οΈ 1 goal
π₯ 2 shots/1 on target
π °οΈ 1 assist
π 3 key passes
β©οΈ 2/2 acc. crosses
π 51/56 acc. passes
π¨ 3/4 succ. dribbles
π 8.6 SofaScore ratingOur Derby d'Italia man of the match! π«#InterJuve pic.twitter.com/5JsjZo8c2L
— Sofascore (@SofascoreINT) January 17, 2021
Juventus yang tumpul di San Siro kini kekal berada di tangga kelima. Dengan skuad bimbingan Andrea Pirlo dibezakan 7 mata daripada dua kelab berpangkalan di Milan itu.
Tekanan kian dirasai Andrea Pirlo yang dilihat semakin sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga. Musim lalu Maurizio Sarri ditekan teruk kerana prestasi kurang cemerlang di peringkat pertandingan piala serta dalam UCL, namun Sarri tetap berjaya memenangi Serie A.
Conte merupakan pengurus pertama yang membantu Juventus menjuarai Serie A pada 2012 selepas skandal calciopoli. Di mana Conte membantu Juve memenangi 3 kejuaraan Serie A dari 2012-2014.
Arturo Vidal antara pemain yang ada dalam skuad Conte ketika itu. Bermain untuk Juventus sehingga 2014/15 dianggap antara gandingan tengah terbaik Juventus bersama Pirlo dan Paul Pogba.
Juventus kemudian melebarkan rekod kepada 9 kejuaraan Scudetto berturut turut. Conte telah gagal untuk merampas Serie A dalam dua percubaannya sebelum ini bersama Inter Milan.
Dan musim ini, Inter kekal memberikan tekanan kepada AC Milan.
Juventus sekali lagi menunjukkan bahawa mereka agak terlalu bergantung kepada penyerang veteran Cristiano Ronaldo. Pemain Portugal tersebut menyaksikan satu golnya dibatalkan kerana ofsaid.
FT: Inter 2-0 Juventus
Juve are 5th in Serie A, seven points behind AC Milan and Inter π³ pic.twitter.com/G11l4dJCLT
— ESPN FC (@ESPNFC) January 17, 2021
Dalam perlawanan ini, Inter Milan pasukan lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang gol berbanding Juventus.