Pemain dari Iran, Moslem Oladghobad tidak menunggu lama untuk mempamerkan kemampuannya dalam saingan Liga Futsal Sepanyol 2022.
Hal ini kerana beliau berjaya menjaringkan satu gol pada aksi sulungnya ketika menentang Inter Movistar, awal pagi tadi.
Lebih manis untuk diperkatakan, pasukan diwakili Oladghobad iaitu Mallorca Palma Futsal berjaya menundukkan lawan yang merupakan juara liga 14 kali itu dengan kemenangan 5-4.
Ketika Mallorca Futsal selesa mendahului perlawanan dengan 4-2, Oladghobad yang menerima hantaran daripada Eloy Rojas dalam kawasan D lawan tidak mensia-siakan peluang untuk menunjukkan kemahiran individunya lalu menolak masuk bola bagi membuka akaun jaringannya di Sepanyol.
Satu jaringan yang menunjukkan banyak lagi sumbangan berkesan mampu dijelmakan oleh pemain berusia 26 tahun itu buat kelab tersebut.
Cetak Gol Keren di Debut Liga Spanyol, Moslem Oladghobad Luar Biasa!! ππΌππΌππΌ
π½ : @EsportsIB3 | #FutsalSPAIN https://t.co/HhDGnJYhNx pic.twitter.com/xAOg0tqEsg
— 55 (@55Futsal_) September 24, 2022
Empat lagi jaringan Mallorca Palma pada perlawanan di laman sendiri tersebut telah dihasilkan oleh Alex Gordillo diikuti Mario Rivillos (dua gol) serta Cleber Da Souza.
Rakan sepasukan Moslem Oladghobad yang turut bersama Mallorca Palma, Hussein Tayebi tidak dapat beraksi ekoran kecederaan dialaminya.
Seorang lagi pemain dari benua Asia turut beraksi pada perlawanan yang dilangsungkan di Municipal Palace of Son Moix itu apabila bakat baharu dari Jepun, Kaito Yamada diturunkan oleh Inter Movistar.
Sementara itu, ayam tambatan Thailand, Muhammad Osamanmusa diturunkan buat kali kedua oleh Cordoba Futsal pada pertemuan menentang Barcelona tetapi pasukannya tewas 4-6 pada aksi yang berlangsung awal pagi semalam.