David Alaba yang menyertai Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu dilihat pantas memberikan sumbangan berkesan buat skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.
Bergandingan dengan baik bersama Eder Militao selaku pertahanan tengah menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu sudah mula dibandingkan dengan legenda Real Madrid, Sergio Ramos.
Alaba dikatakan pengganti terbaik berikutan kekosongan ditinggalkan Ramos yang menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma selepas kontraknya berakhir pada Jun lalu.
Selepas mengharungi 15 perlawanan setakat ini dalam kempen La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah, Alaba hanya terlepas aksi bertemu Celta Vigo susulan kecederaan dialaminya.
Malah, beliau turut berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika membantu Real Madrid menewaskan musuh tradisi, Barcelona di Nou Camp pada 24 Oktober lalu yang turut merupakan pengalaman El Clasico pertamanya.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Wien, Austria itu tidak mahu memikirkan tentang perbandingan melibatkannya dengan Ramos dan melihat terdapat perbezaan besar antara mereka berdua.
“Saya ke sini [Real Madrid] adalah untuk melakar cerita sendiri dan bermain bola sepak dengan cara saya. Kadang-kadang ada orang membandingkan kami tetapi saya tidak peduli dengan mereka.”
“Orang menerima kehadiran saya di sini pada ketika ini dan bermain dengan gaya saya serta ingin menulis sejarah bersama Real Madrid.”
“Kami juga merupakan jenis pemain yang berbeza dan amat sukar untuk membandingkan antara satu sama lain,” ujar Alaba menurut laporan dikeluarkan Goal.
Ketika David Alaba cemerlang di Madrid, Ramos pula kelihatan bergelut daripada kecederaan yang dialaminya sehingga PSG dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pemain berpengalaman itu.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Messi Sakit Hati, Nafi Pernah Tawarkan Diri Bermain Secara Percuma
Indonesia Berkampung Di Turki Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020
Piala Malaysia 2021: Dollah Nampak Kelebihan Malik Mat Ariff Sebagai Seorang Penyerang Sejati