Bekas penyerang pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok dikaitkan dengan kelab yang berpusat di Lembah Klang iaitu Petaling Jaya City FC.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, PJ City memberikan tawaran yang lebih baik kepada Darren berbanding apa yang diberikan oleh pasukan Pulau Pinang yang dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan itu.
Bekas penyerang Terengganu dan JDT, Darren Lok bakal menyertai PJ City apabila difahamkan menerima 'offer' lebih baik daripada Pulau Pinang yang dikaitkan sebelum ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 29, 2020
Setelah beraksi selama empat musim bersama JDT dan memenangi beberapa kejuaraan antaranya Piala Malaysia (2017) dan Piala Cabaran (2019), Darren memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai Terengganu bagi menghadapi saingan musim 2020.
Namun, saingan yang dipendekkan ekoran pandemik COVID-19 menyebabkan Darren Lok gagal untuk mendapatkan minit bermain yang cukup sekaligus tidak berpeluang untuk menampilkan prestasi.
Petaling Jaya City FC pula akan dibimbing oleh ketua jurulatih baharu iaitu P.Maniam setelah K.Devan tidak disambung kontrak oleh pengurusan pasukan.
Di bawah kendalian P.Maniam, PJ City akan menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Joseph Kalang Tie Mahu Kekal Di Negeri Sendiri, Tidak Fikir Untuk Berhijrah Ke Pasukan Lain
Sabah FC Lantik Lucas Kalang Laeng Sebagai Pengendali Baharu
Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan