Dani Alves harus menerima keputusan kelab untuk tidak menyertakan namanya dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam Liga Europa ataupun UEL. Ini selepas UEFA hanya membenarkan Barcelona mendaftarkan 3 sahaja nama pemain baharu mereka ke dalam pasukan bagi pendaftaran Januari.
Barcelona memutuskan untuk mendaftarkan Ferran Torres, Adama Traore dan Pierre Emerick Aubameyang ke dalam pasukan mereka.
Xavi dan Barcelona kini sedang mempersiapkan diri mereka untuk pusingan kalah mati UEL selepas mereka tersingkir awal dari peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah / UCL.
Dani Alves merupakan pemain yang ditandatangani Barcelona secara percuma, selaku ejen bebas selepas Alves menamatkan kontraknya bersama pasukan lamanya kerana isu tunggakan gaji.
Namun malang sekali untuk salah seorang pemain paling banyak trofi dalam kerjayanya, kerana musim ini beliau tidak akan terlibat dalam UEL.
Xavi terpaksa mengorbankan nama legenda hidup Barcelona itu daripada pasukannya. Xavi menjelaskan bahawa, pemilihan Aubameyang dan Torres adalah bukan kerana mereka bintang berbanding Alves yang sudah berada di fasa akhir kariernya.
Namun pemilihan tersebut lebih kepada atas keperluan pasukan kerana krisis kecederaan di bahagian serangan.
Artikel 46 UEFA menyatakan bahawa: “Pada pusingan kalah mati, kelab boleh mendaftarkan maksimum 3 pemain baharu untuk baki perlawanan dalam pertandingan.”
Official. Barcelona excluded Dani Alves from Europa League list. ❌🇧🇷#FCB
Barça were only allowed to register three new signings – so they decided to go for Adama, Aubameyang and Ferran Torres. pic.twitter.com/cdoS7IHzmg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 2, 2022
Ketika ini, Barcelona cuma ada Sergino Dest yang merupakan pemain bek kanan sebenar. Namun bek tengah, Oscar Mingueza dan juga pemain tengah Sergi Roberto sudah beberapa kali bermain di posisi tersebut.
Atau mungkin Barcelona akan bermain dengan 3-5-2 selain daripada 4-3-3. Kerana mereka boleh menggunakan Adama Traore sebagai bek sayap.
Baca juga artikel
Greenwood Ditahan Lagi Atas Tuduhan Ugutan Bunuh Dan Serangan Seksual
Presiden Fiorentina Kecam Vlahovic & Ejennya Yang Menipu Serta Cuba Menghancurkan Fiorentina
PSG Tersingkir Dari CDF, Pochettino Tak Mahu Bertanggungjawab Atas Kegagalan Xavi Simons