Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia, Curran Singh Ferns mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan oleh Melaka United mengenai isu tunggakan gajinya adalah tidak benar kerana beliau setakat ini belum menerima apa-apa bayaran.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan di laman facebook dan twitter rasmi Melaka United pada hari ini, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) telah menjelaskan tunggakan gaji mencecah lebih RM915,000 kepada pemain import musim lalu, Uche Agba dan Curran Ferns.
Selain itu, MUSA juga berkata bayaran tunggakan gaji dan elaun pemain serta para pegawai Melaka United musim 2020 juga telah mula dibayar mengikut pembayaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.
Malah, Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) turut menafikan kenyataan media itu dan menegaskan para pemain tersebut sehingga kini masih belum menerima apa-apa bayaran seperti yang dinyatakan.
Ia adalah satu kenyataan media yang tidak bertanggungjawab dan menunjukkan sikap tidak profesional Melaka United yang terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan rasmi walaupun bayaran belum dibuat.
Sepatutnya Melaka United menyelesaikan dahulu semua tunggakan gaji tersebut barulah keluarkan kenyataan rasmi.
Sehingga hari ini 10 Februari jam 11 pagi, pemain yang diwakili PFAM iaitu pemain pasukan utama, pemain Piala Presiden Melaka dan Curran Singh Ferns MASIH BELUM menerima apa-apa bayaran seperti yang dinyatakan dalam kenyataan ini. https://t.co/VQeDeNKBpU
— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) February 10, 2021
Selain itu, mereka juga perlu menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan bekas pemain import dari Thailand, Naruporn Wild Putsorn bagi mengelakkan hukuman larangan pendaftaran pemain pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2021.
Skuad bimbingan Zinal Abidin Hassan itu telah melepasi tempoh 45 hari (bermula 12 November) selepas FIFA telah mengarahkan mereka untuk melangsaikan tunggakan gaji bekas pemain Buriram United itu sebanyak RM241,726.69.
Baca artikel lain mengenai isu yang melibatkan Melaka United melalui pautan dibawah.
Isu Tunggakan Gaji: Hukuman Sekatan Perpindahan Bakal Menanti Melaka United
Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?
Peminat Kecam Tindakan Setiausaha Agung Melaka United Pakai Jersi Liverpool Di Majlis Rasmi