Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti dalam aksi separuh akhir kedua di Allianz. Namun Juventus mara ke perlawanan final dengan peraturan gol tempat lawan.
Perlawanan pertama Juventus seri 1-1 di San Siro. Di mana Ronaldo menyempurnakan penalti pada ketika itu.
Situasi itu berulang kembali pada aksi pusingan kedua. Di mana Andre Conti dihukum kerana handball. Ronaldo melakukan rembatan yang terkena tiang.
VAR mengambil masa dua minit untuk menilai penalti itu.Penalti itu agak kontroversi kerana Conti mendakwa bola itu melantun ke arah tangannya.
Watching Juventus v Milan in the Coppa Italia and this is undoubtedly one of the maddest, most dramatic couple of minutes of football I’ve ever seen pic.twitter.com/7ZSbx8JvsZ
— Sachin Nakrani (@SachinNakrani) June 12, 2020
Pada masa yang sama Donnarumma turut membaca bola dengan tepat.
https://twitter.com/i/status/1271523519914897408
Donnarumma beraksi cemerlang dalam perlawanan ini. Jika tanpa beliau, Milan mungkin akan mengalami kekalahan dengan jurang gol lebih besar.
Enam minit kemudian, Ante Rebic – penjaring gol Milan pada pusingan pertama – dibuang padang kerana bentesan bahaya ke atas Danilo. Sama seperti perlawanan sebelum ini di mana Milan turut beraksi 10 pemain.
Kekurangan seorang pemain membuatkan AC Milan sukar untuk mencari gol penyamaan.
Juventus mara ke final dan akan menanti lawan mereka di antara Napoli ataupun Inter Milan.
Juventus are heading to another final 🏆 pic.twitter.com/9mo8zRuIGx
— B/R Football (@brfootball) June 12, 2020
Maurizio Sarri berpeluang menambah trofi kedua dalam kariernya dan yang pertama di Itali.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah:
United Mendahului Persaingan Dapatkan Havertz, Namun Usaha Chelsea Lebih Konkrit
Pekerja Binaan Stadium Piala Dunia Qatar Sudah 7 Bulan Tak Dapat Gaji
Aplikasi Penjaga Gol Untuk Disewa, Selesaikan Masalah ‘Semua Tak Nak Jadi Keeper’