Antonio Conte menegaskan bahawa pasukan Tottenham ada masalah dengan mentaliti yang rapuh ataupun cepat koyak. Ianya masalah besar yang harus dibuang untuk menjadi pasukan yang hebat.

Conte bertekad mahu terus memperbaiki prestasi mereka dan meneruskan rentak cemerlang mereka ketika ini ketika berkunjung ke St Mary.

Spurs menang 3-0 ke atas Palace dalam aksi Boxing Day. Masih memberikan tekanan kepada persaiangan 4 teratas.

Spurs kini 4 mata di belakang Arsenal namun ada 3 perlawanan dalam tangan berbanding musuh dari London itu.

Conte enggan membandingkan Spurs yang ada hari ini dengan skuad Chelsea 2016/17 yang dibimbingnya dan menjadi juara EPL masa itu.

Namun Conte berterus terang menyatakan bahawa ada banyak perkara yang perlu diperbaiki Spurs termasuk keupayaan untuk mengawal perlawanan.

“Dari awal saya di sini sehingga sekarang, seluruh pasukan ini telah meningkat dari banyak aspek. Namun saya tahu ianya masih belum cukup lagi.”

“Pasukan kita ini pun masih ada beberapa kelemahan yang harus kita perbaiki untuk menjadi lebih kuat.”

“Saya memberitahu para pemain saya, agar mereka bermain bola sepak dengan personaliti dan cuba membuat keputusan terbaik di dalam padang.”

“Kadangkala, dalam perlawanan, pasukan kami terlalu emosional. Aspek ini yang kami harus perbaiki.”

“Kita sudah mempunyai pemain pemain berkualiti dan berkelas dunia dalam pasukan ini. Dan sekarang ini kita kena perbaiki personaiti kita, kawal permainan, perbaiki penguasaan bola, perbaiki cara membuat keputusan dan penyudah.”

“Rasanya kita boleh perbaiki banyak aspek ini. Menentang Palace, kita mencipta banyak sekali peluang tapi skor lebih banyak.”

“Kita perlu meningkatkan keyakinan kita dan menunjukkan personaliti lebih kuat, untuk bermain bola sepak dengan lebih dominan.”

“Kadang kadang, kita hilang kawalan dan saya berpendapat, setiap pasukan yang hebat, mereka akan sentiasa dapat mengawal keadaan setiap saat.”

Conte turut menyatakan bahawa beliau akan cuba yang terbaik untuk menurunkan pasukan terbaiknya kerana mereka hanya ada rehat 48 jam sahaja.

Bukan mudah untuk mana mana pasukan beraksi 2 perlawanan dalam tempoh 48 jam.