Badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dalam satu kenyataan semalam akan memohon kepada Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk menangguhkan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 sehingga bulan September 2022.
Dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di benua Asia dan Amerika Selatan sepatutnya berlangsung pada bulan ini namun ia terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19 yang mengancam kesihatan pemain dan jurulatih.
“Pihak konfederasi ingin memastikan segala langkah berjaga-jaga menentang wabak ini, sejajar dengan saranan badan kesihatan.
“Kami akan buat permohonan kepada FIFA untuk menunda perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 kepada bulan September 2020,” kata wakil CONMEBOL.
https://twitter.com/HitsGoogle/status/1240893484606857221
Selain itu, kejohanan Copa America 2020 turut ditangguhkan sehingga 2021 susulan wabak tersebut. Mereka dijangka akanĀ dijadualkan pada 11 Jun sehingga 11 Julai.
Bagi benua Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini memberi bayangan semua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada 26 dan 31 Mac ini ditangguhkan pada bulan Oktober dan November 2020.
Baca artikel lain mengenai wabak COVID-19 yang telah menjejaskan aktiviti bola sepak dari seluruh negara Asia.
Beberapa Negara Tolak Jemputan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Kerana Coronavirus
Iraq Buat Keputusan Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Vietnam Atas Faktor Isu Coronavirus