Skuad Helang Merah terus mempamerkan prestasi konsisten apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut sejak saingan CIMB Liga Super kembali bersambung apabila menewaskan FELDA United, 2-1 semalam.
Kemenangan itu turut menyaksikan Kedah kini menghuni kedudukan kedua liga dengan 13 mata mengatasi Perak yang hanya mengutip 11 mata setakat ini. Manakala JDT masih unggul di kedudukan teratas dengan 19 mata.
Dalam perlawanan itu, FELDA United yang dikendalikan oleh Nidzam Jamil terlebih dahulu membuka akaun gol menerusi tandukan Syahmi Zamri pada minit ke 46.
46' | GOL SYAHMI ZAMRI!@feldaunitedfc kini mendahului @official_kfa menerusi jaringan Syahmi Zamri. #CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/qgrlkjLhI2
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa kedua. Namun, jaringan itu tidak mematahkan semangat Kedah untuk bangkit di separuh masa kedua.
Penyerang import, Tchetche Kipre berjaya meledak gol penyamaan buat Kedah pada minit ke-48 setelah menerima hantaran cantik daripada pemain tengah.
48' | GOL KIPRE!@official_kfa menyamakan kedudukan di Stadium Tun Abdul Razak menerusi jaringan Tchetche Kipre.#CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/GjMHYUb4mU
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Hadin Azman yang beraksi dengan FELDA United musim lepas menceriakan kem Kedah apabila meledak gol kedua pada minit ke-66, sekali gus membawa pulang tiga mata.
66' | GOL HADIN AZMAN!@official_kfa menambah jaringan kedua menerusi Hadin Azman. #CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/16Qk8stswL
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Pengendali skuad Helang Merah, Aidil Sharin Sahak mengakui ia bukan perlawanan yang mudah dan menyifatkan FELDA United berjaya memberikan tentangan sengit.
“Seperti yang saya kata sebelum ini, perlawanan akan menjadi sukar dan kita boleh lihat FELDA sebuah pasukan yang bagus. Mereka memberi kesukaran kepada kami ketika separuh masa pertama.
“Saya fikir kredit harus diberikan kepada FELDA dan jurulatihnya kerana memberikan tentangan yang sengit dan ia perlawanan yang menarik tetapi paling penting, objektif utama kami untuk datang ke sini ialah mengutip 3 mata penuh,” katanya selepas perlawanan.
Tingga 4 lagi perlawanan Liga Super, jika terus mempamerkan prestasi konsisten, Kedah berpeluang dinobatkan sebagai naib juara sekaligus mendapat tiket beraksi dalam saingan AFC Cup musim depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA
Satiananthan Kecewa Selangor Gagal Manfaatkan Peluang Di Halaman Sendiri