Skuad Tok Gajah berjaya mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan keempat saingan CIMB Liga Super 2020 selepas menewaskan Melaka United, 1-0 di Stadium Hang Jebat semalam.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila skuad kendalian Dollah Salleh itu dipaksa bekerja keras untuk memecahkan benteng pertahanan pasukan tuan rumah yang cukup berdisiplin sejak awal permainan.
Melaka United memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke 8 namun percubaan Uche Agba berjaya ditepis oleh Sharbinee Allawi.
Tersentak dengan percubaan itu, Pahang terus mengandakan asakan namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0.
Di separuh masa kedua memperlihatkan perubahan drastik skuad Melaka United namun dua percubaan Sony Norde pada minit ke-46 dan 47 gagal diterjemah dalam bentuk jaringan.
Dollah Salleh kemudian melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menggantikan tempat Gopi Rizki bagi memperkuatkan jentera serangan Pahang.
Kehadiran Dickson jelas memberi tekanan kepada benteng pertahanan Melaka United dan berhasil menjaringkan gol pertama dengan melepaskan rembatan di dalam kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke 67.
67' | GOL DICKSON NWAKAEME!
@MelakaUnitedSA 0-1 @officialpahang #CIMBLigaSuper2020#MELPHG #MFLLive pic.twitter.com/PW4XASknoH
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 14, 2020
Seorang lagi penyerang Pahang, Ivan Carlos turut memiliki peluang menambah jaringan kedua namun hanya merembat tinggi peluang terhidang pada minit ke- 78.
Kekalahan kedua skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu selepas kecundang di tangan FELDA United Rabu lalu memberi gambaran skuad terbabit perlu bangkit selepas cuti panjang akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.
Perlawanan PJ City Menentang Terengganu FC Ditangguhkan Kerana Tiada Stadium
CIMB Liga Super 2020: Kedah Sedia Kejutkan Selangor Malam Esok
Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?