Thomas Tuchel dilaporkan mulai mengalihkan perhatian mereka kepada Raheem Sterling berbanding Ousmane Dembele.
Sebelum ini Chelsea berminat mendapatkan Dembele secara percuma selepas pemain itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dengan Barcelona.
Selain daripada usaha mendapatkan Dembele, Chelsea turut menumpukan usaha untuk mendapatkan Raheem Sterling dari Manchester City,
Laporan oleh Gianluca Di Marzio mendedahkan bahawa, Chelsea sangat yakin boleh mendapatkan Raheem Sterling dengan harga yang dianggap mampu milik ataupun rendah.
Raheem Sterling masih ada baki kontrak sehingga Jun 2023 dan sudah memberitahu Man City sejak musim lalu lagi bahawa dia sedia meninggalkan kelab itu jika ada tawaran yang bagus tiba.
Dengan pemergian Lukaku dijangka akan berlaku dalam jendela perpindahan kali ini, Chelsea berharap mereka akan dapat menandatangani Raheem Sterling.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain berasal dari London. Faktor keluarga juga boleh memainkan peranan dalam perpindahan ini.
Selain itu, Man City sudah menyatakan bahawa sasaran mereka mahu menjana wang yang banyak daripada penjualan pemain daripada jendela perpindahan kali ini.
Nama nama seperti Zinchenko, Gundogan, Bernardo Silva dan juga Gabriel Jesus juga antara nama lain yang disenaraikan untuk dibida kelab lain.
Update: @ChelseaFC are now confident to close #Sterling deal from @ManCity. Transfer fee could be around £35millions. 🔵 #CFC
Details 👉 https://t.co/aaH9JivdLP 👈 pic.twitter.com/9BYsVDuyLW— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) June 19, 2022
Chelsea akan menawarkan bidaan bernilai £35 juta untuk mendapatkan Raheem Sterling.
Pemain antarabangsa England itu akan ditawarkan potensi mendapatkan minit perlawanan yang lebih banyak bagi menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama England dalam Piala Dunia yang akan datang.