Chelsea kini dilaporkan mendahului persaingan untuk mendapatakan Joao Felix dari Atletico Madrid.
Baca Juga:
- Guardiola Mahu Chelsea Kekalkan Potter Kerana Prestasinya Cemerlang Di Brighton
- Potter Tetap Bangga Walaupun Chelsea Kalah
- Benfica Minta Chelsea Bayar €130 Juta Dapatkan Enzo Fernandez
Pemain itu menjadi sasaran Arsenal sebelum ini, terutama sekali jika kelab itu gagal mendapatkan Mykhailo Mudryk.
Atletico mahukan perjanjian pinjaman. Kerana mereka mahu mengurangkan bil gaji musim ini. Atletico berdepan impak ekonomi yang teruk dalam musim ini.
Mikel Arteta berminat dengan Joao Felix memandangkan pemain itu menepati profil taktikal beliau.
Chelsea dan Man United juga berminat dengan pemain itu. Namun United mahukan perpindahan tetap. Memandangkan mereka sudah membuat pinjaman pemain melibatkan penjaga gol dan dijangka akan memeterai perjanjian pinjaman untuk Wout Weghorst.
Peraturan EPL melarang sesebuah pasukan membuat 3 pinjaman pemain dalam satu jendela perpindahan.
Jadi, United boleh dikatakan agak rumit mendapatkan Felix kecuali mereka menawarkan harga €120 juta untuk pemain itu.
Koresponden Ben Jacobs dari CBS Sports mengesahkan bahawa Chelsea kini bergerak pantas untuk memuktamadkan pernjian sekitar €11 juta secara pinjaman separuh musim untuk Joao Felix.
Chelsea have moved fast to agree a verbal deal with Atletico Madrid for Joao Felix after late night internal talks where they decided to proceed. As reported, Atleti's loan price dropped from original quote & #CFC expected to pay around £9m & 100% of Felix's wages (£5.3m). pic.twitter.com/kExxCUXAAa
— Ben Jacobs (@JacobsBen) January 9, 2023
Felix turut lebih tertarik untuk datang ke Chelsea berbanding Man United dan Arsenal menurut pakar perpindahan Liga Inggeris serta berita melibatkan Arsenal, David Ornstein.
🚨 BREAKING: Chelsea have reached a verbal agreement to sign Joao Felix on loan from Atletico Madrid with the fee reaching €11m.
Félix had the option between Arsenal, Man Utd & Chelsea, he believes in Chelsea’s project and chose them.
[@David_Ornstein] 🥇 pic.twitter.com/uIwL5b3c0q
— TroopzTV (@TheRealTroopzTV) January 9, 2023
Graham Potter bergelut untuk mendapatkan sokongan daripada pemilik kelab untuk mendapatkan pemain baharu. Senarai kecederaan yang panjang dan kekurangan penyerang prolifik di hadapan gol membuatkan Chelsea serba serbi tak kena musim ini.
Chelsea yang kini masih belum ada pengarah sukan, bergantung kepada Todd Boehly sepenuhnya dalam rundingan dengan mana mana pemain. Mereka juga dikatakan bermasalah dalam rundingan untuk mendapatkan Enzo Fernandez.
Walaupun pemain itu sudah terang terangan mahu berpindah.
Boehly kini dilaporkan sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Sukan interim di Chelsea.
Chelsea berada di tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris. Dan cuba bangkit dengan luar biasa untuk berada di UCL musim hadapan. Malah mereka turut dalam kesulitan untuk mara ke Liga Konfederasi Eropah sekalipun jika tidak memperbaiki prestasi mereka.
Dalam perkembangan lain yang agak berkaitan. Chelsea sedia menjual Pierre Emerick Aubameyang dengan harga €12 juta, harga yang mereka bayar kepada Barcelona sebelum ini.
Mungkin akan berlaku domino dalam perpindahan Joao Felix. Kerana Atletico mengenal pasti Aubameyang sebagai salah seorang calon pengganti pemain itu di Atletico.