Chelsea dilaporkan berminat untuk beli Harry Maguire dari Manchester United selepas pemain itu dilucutkan jawatan kapten.

Baca Juga:

Perlucutan jawatan itu membuatkan Maguire sangat sedih namun dia menerimanya.

Ini selepas dia mendengar sendiri alasan daripada Erik Ten Hag tentang perkara itu.

Perlucutan jawatan kapten itu pastinya memberikan impak kepada situasi Maguire di Man United.

Di mana ramai merasakan ia adalah isyarat bahawa adalah lebih baik Maguire meninggalkan kelab itu daripada terus kekal di Old Trafford.

Chelsea yang kehilangan Kalidou Koulibaly ke kelab Arab Saudi sedia untuk beli Harry Maguire yang diletakkan tanda harga sekitar £40 juta oleh Man United.

Chelsea turut kehilangan pemain pertahanan pelbagai posisi iaitu Cesar Azpilicueta yang menyertai Atletico Madrid. Harry Maguire adalah pilihan terbaik untuk mereka tandatangani.

Namun Chelsea harus sedar bahawa ada beberapa kelab lain turut berminat mendapatkan Harry Maguire termasuk Spurs, Newcastle dan West Ham.

Maguire merupakan pertahanan tengah termahal dunia sehingga hari ini. Man United membayar £85 juta untuk pemain itu pada 2019 bagi mendapatkan khidmatnya dari Leicester.

Maguire sudah kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama Man United sejak Erik Ten Hag menjadi pengurus.

Selain Maguire, Manchester United juga berusaha menjual Eric Bailly dan Alex Telles yang disenaraikan dalam senarai ‘wajib jual’. Dua pemain itu tidak melapor diri untuk aktiviti pra musim setakat ini.