Nama pemain skuad kebangsaan Thailand, Chatchai memang menjadi sebutan di Malaysia terutama buat peminat bola sepak Harimau Malaya ketika kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 yang lalu.
Chatchai Budprom yang kini berusia 33 tahun merupakan penjaga gol utama kelab BG Pathum United, kelab yang menjadi destinasi Mat Yo musim 2020 ini.
Menurut sebuah artikel dari BangBall Thailand, Chatchai telah mendedahkan 3 petua yang diamalkan oleh beliau untuk terus dapat beraksi secara konsisten dalam saingan bola sepak tempatan serta siap sedia untuk dipanggil bersama skuad kebangsaan.
Sentiasa Mengamalkan Meditasi
Dalam artikel itu, Chatchai menceritakan bahawa beliau sentiasa melakukan meditasi untuk memastikan sentiasa berada dalam keadaan yang tenang.
“Saya sentiasa memberikan kosentrasi penuh serta selalu mengimbas kembali masalah lalu yang boleh diambil pelajaran.
“Dengan meditasi kita mampu untuk memikirkan kesalahan lalu dan memastikan ia tidak berulang seterusnya menghilangkan kebimbangan dalam diri.
Selalu Membayangkan Rembatan Pihak Lawan Ke Gawang
Chatchai juga sentiasa memerhatikan corak jaringan gol oleh pihak lawan dan akan cuba membayangkan didalam kepalanya bagaimana dia mampu untuk menyekat bola dari menerjah ke dalam gol.
“Apabila memerhatikan perkara itu, membolehkan saya lebih bersedia dengan jangkaan dari permerhatian terhadap penyerang pihak lawan.”
Selain itu, beliau juga menjelaskan sentiasa study bagaimana pihak lawan mengambil sepakan penalti yang akan membuatkan saya lebih selesa berdepan dengan situasi sebenar nanti.
Lebih Senang Menerima Kesalahan
Beliau juga turut menjelaskan bahawa ‘latihan’ seperti ini akan membuatkan dia lebih senang menerima kesalahan yang dilakukan walaupun merasakan sudah melakukan yang terbaik.
Perkara ini akan membolehkan dia memperbaiki kelemahan sebelum berdepan dengan lawan pada minggu seterusnya.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang