Beberapa pasukan di Asia Tenggara sudah mula menjalani latihan bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada tahun hadapan.
Antaranya Vietnam dan Thailand yang berada dalam kumpulan G bersama Malaysia dimana dua pasukan ini sudah mula mengumpulkan pemain dan memulakan sesi latihan.
Namun, pasukan Vietnam kendalian Park Hang-seo menjalani latihan dengan suasana yang sedikit berbeza dimana mereka memainkan chant atau sorakan dari kumpulan penyokong iaitu Ultras Malaya (UM).
Sorakan dari Ultras Malaya dah rip jadi CD dan dijadikan simulasi di Vietnam. https://t.co/8IaGhv9ia4
— Bear #CountdownKePialaAsia (@abearfromSEA) December 18, 2020
Masih belum jelas mengenai faktor utama mengapa juara Piala AFF Suzuki 2018 itu memainkan sorakan Ultras Malaya ketika sesi latihan pasukan.
Ramai pihak berpendapat Vietnam mahu mempersiapkan diri dengan sorakan padu dari penyokong Malaysia apabila bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada tahun hadapan.
Namun, perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku memandangkan bilangan kes COVID-19 yang masih tinggi di Malaysia, lantas bilangan penyokong yang dibenarkan masuk mungkin hanya sedikit daripada kapasiti sebenar stadium.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
2 Pengadil Malaysia Bertugas Dalam Perlawanan Akhir AFC Champions League 2020 Malam Ini
Johor Darul Ta’zim Dapatkan Khidmat Isaac Angking Hadapi Musim 2021
Endrick Dos Santos Dan Gonzalo Cabrera Bakal Dapat Kerakyatan Malaysia