Juara bertahan Piala AFF Mitsubishi Electric, Thailand tidak akan diperkuatkan oleh pemain terbaik mereka, Chanathip Songkrasin dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2020 itu.
Menurut laporan beberapa media Thailand, Chanathip tidak akan beraksi di kejohanan tersebut yang dijadualkan bermula pada Disember ini atas beberapa faktor.
Menurut laporan Main Stand International, faktor utama mengapa Chanathip tidak akan beraksi ialah beliau mahu berehat apabila saingan Liga Jepun musim 2022 tamat kerana beliau tidak mendapat rehat yang cukup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Chanathip tidak mempunyai rehat yang cukup sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan beliau mahu berehat apabila saingan musim 2022 tamat bagi memastikan beliau cergas sepenuhnya pada musim 2024. Chanathip meminta agar semua pihak memahami situasi beliau.
“Dia sudah memberitahu Madam Pang (pengurus pasukan) dan Alexandre Polking (ketua jurulatih) mengenai perkara ini dan kedua-duanya memahami permintaan pemain Kawasaki Frontale itu.
“Ini bukan masalah jadual atau isu kecederaan. Ini adalah isu profesionalisma dimana kelab tidak mahu melepaskan pemain untuk beraksi di luar jendela FIFA. Kejohanan rantau seperti ini tidak memberi sebarang manfaat kepada kelab dan pemain. Lebih baik Chanathip berehat untuk tampil lebih bagus musim depan.
Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Mano Pölking Anggap Vietnam Pesaing Terkuat
“Ini juga bukan masalah Chanathip tidak cintakan negaranya. Pihak luar khususnya peminat perlu memahami yang beliau tidak pernah mempunyai rehat yang cukup sejak tiga tahun kebelakangan ini. Sudah tiba masanya beliau mendapat rehat yang secukupnya.
Chanathip Songkrasin sebelum ini pernah membantu Thailand muncul juara pada tiga edisi Piala AFF iaitu pada 2014, 2016 dan yang terbaru pada edisi 2020.
Ketiadaan beliau dijangka tidak memberi masalah besar buat Thailand kerana pasukan itu masih mempunyai beberapa pemain yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh belas pemaim Hokkaido Consadole Sapporo itu.
Antara pemain yang boleh menggantikan Chanathip ialah Worachit Kanitsribampen (BG Pathum United), Bordin Phala (Port FC) dan Supachok Sarachat (Consadole Sapporo).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Lima Bulan Gaji Tidak Dibayar, Fabio Magrao Tinggalkan Timor Leste
AFC Tubuhkan “Task Force” Kaji Saingan Baharu Ganti AFC Champions League