Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin menggesa agar pemain muda negara itu untuk segera beraksi di saingan liga luar negara.
Menurut Chanathip, tahap profesionalisma dan juga persekitaran liga luar mampu untuk membantu meningkatkan kualiti seseorang pemain, seperti yang dialami oleh beliau.
“Saya mahu semua pemain muda Thailand untuk beraksi di luar negara apabila mendapat peluang. Lebih cepat mereka beraksi di luar, lebih cepat mereka mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran akan datang serta meningkatkan kualiti.
“Saya percaya pemain seperti Supachok Sarachat, Suphanat Mueanta, Anon Amornlerdsak, Ekanit Panya dan Jaroensak Wonggorn mempunyai kebolehan yang diperlukan untuk beraksi di luar Thailand,” kata Chanathip Songkrasin.
Chanathip menyertai Hokkaido Consadole Sapporo secara pinjaman pada 2017 lalu. Satu setengah musim kemudian, pihak kelab menandatangani “Messi Jay” secara tetap setelah menampilkan prestasi cemerlang sekaligus menjadi pemain terbaik.
Selain Chanathip, seorang lagi pemain Thailand iaitu Theerathon Bunmathan turut menjadi salah satu pemain terbaik dimana beliau membantu Yokohama F Marinos menjuarai J1 musim lalu.
Dalam saingan J. League musim 2020, selain Chanathip dan Theerathon, skuad Gajah Perang mempunyai dua lagi wakil iaitu Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan.
Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:
Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara
Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim
Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan