Selepas menang bertemu Negeri Sembilan pada 9 Ogos lalu, Kelantan mengalami lima kekalahan berturut-turut yang menyaksikan mereka dibolosi sebanyak 40 gol.
Bermula dengan tewas 0-8 menentang Terengganu, 0-10 ketika berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-11 sewaktu melayani kunjungan Selangor dan tewas agregat 0-11 dalam Piala Cabaran ke atas Kelantan United.
Prestasi buruk ditampilkan itu jelas menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong Kelantan dan pastinya akan berkait rapat dengan masalah pembayaran gaji.
Bagaimanapun, menurut sumber kenyataan dikeluarkan Ahmad Muzakkir di laman Facebook peribadi miliknya telah menafikan bahawa para pemain Kelantan dikatakan tidak bermain bersungguh-sungguh kerana isu tunggakan gaji.
“Assalamualaikum WBT, ramai yang masih bertanya tentang hal tunggakan gaji pemain sedangkan saya telah jelaskan posting terdahulu yang mana saya telah terangkan.”
“Dengan tuduhan pemain bermain tidak bersungguh dalam setiap perlawanan yang mengakibatkan kita kalah kerana faktor gaji bagi saya ia tuduhan tidak berasas kepada pemain kita.”
“Setiap pemain mereka berdisplin, komited, profesional setiap kali berada di padang. Segala masalah peribadi termasuk masalah rumahtangga sekalipun bila mereka berada di padang mereka telah memberi fokus dan tumpuan 100% kepada tugas dan peranan mereka dengan mengasingkan masalah itu tidak bawa bersama ketika mereka bermain di padang.”
“Mohon keadilan kepada pemain agar tidak berlaku tuduhan sedemikan,” tambah CEO Kelantan FC itu lagi.