Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail menasihati pemain agar tidak menerima “Double Contract” sekiranya menandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan.
Isu “Double Contract” ini merupakan perkara yang sering terjadi dalam saingan Liga Malaysia dan perkara tersebut sering menjadi backfire kepada mana-mana pemain yang menandatanganinya.
Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Izham menasihatkan pemain agar tidak menandatangani dua kontrak jika mahu menyertai mana-mana pasukan.
Sekiranya ditawar double contract, jangan terima. Kalau terima juga, pemain kena sedar risiko undang-undang. He who comes into equity must come with clean hands.
— Izham Ismail (@izham17) August 9, 2020
Tambah CEO PFAM itu, jika pemain memutuskan untuk menandatangani kontrak tersebut, maka mereka perlu risiko yang bakal dihadapi terutamanya dari segi undang-undang.
Nasihat yang diberikan ini wajar dijadikan sebagai pegangan oleh semua pemain bola sepak profesional dalam negara bagi memastikan nasib mereka tidak dicabul oleh pihak tertentu.
Baca artikel lain mengenai Double Contract dan perkembangan Liga Malaysia di sini:
‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia