Semalam Christian Eriksen mengalami serangan jantung di dalam padang. Dan kesannya dia rebah secara tiba tiba.

Insiden itu berlaku ketika aksi berbaki 5 minit pada separuh masa pertama dalam aksi antara Finland dan Denmark.

Kapten Denmark, Simon Kjaer menjadi orang pertama yang menyedari perkara itu dan segera memastikan rongga udara Eriksen terus terbuka. Dan kemudian melakukan CPR kepada rakannya itu.

Doktor kemudian bergegas masuk ke dalam padang dan CPR ke atas Eriksen diteruskan.

Para pemain Denmark kemudian membuat ‘human shield’ untuk mengelak orang ramai melihat rakan mereka yang sedang bertarung nyawa itu dirawat.

Seterusnya Kjaer dan Kasper Schmeichel menenangkan isteri Eriksen yang menangis.

Eriksen mendapat rawatan daripada pegawai perubatan selama 20 minit sebelum diusung keluar.

Keadaan Eriksen disahkan stabil oleh UEFA dan FA Denmark. Ejen Eriksen sendiir menyatakan Eriksen kembali sedarkan diri serta bercakap dengan rakan rakannya, malah berkata dia mahu mereka meneruskan perlawanan.

https://twitter.com/PaulSenior1/status/1403815019242999808

Namun terdapat segelintir pihak dari kalangan antivaksin menuduh bahawa Eriksen mengalami serangan jantung kerana virus covid dan vaksin covid-19 yang diterimanya.

Sambil mereka memomokkan bahawa itulah konspirasi jahat kerajaan yang sengaja menyebarkan virus covid dan  kemudian mendesak orang ramai mengambil vaksin yang akan memberikan pulangan berbillion dollar kepada farmasi.

Mereka kemudian menyeru agar orang ramai tidak mengambil vaksin covid-19.

Kenyataan itu dibidas oleh CEO Inter Milan, Giuseppe Marotta yang menyatakan bahawa teori tersebut sebagai teori bangang.

Marotta berkata: “Eriksen tak pernah menghidap Covid dan dia belum lagi mengambil vaksin. Kesemua mereka yang bodoh berkata bahawa ini adalah kesan vaksin, sila tutup mulut kamu.”

Marotta kemudian mengesahkan bahawa Eriksen sudah kembali aktif bercakap di dalam kumpulan WhatsApp Inter Milan. Sambil menyatakan ketika melihat Eriksen terbaring, beliau sangat risau, begitu juga dengan rakan sepasukan Eriksen di Inter yang lain.

Baca juga artikel

Keperwiraaan Dan Kepimpinan Simon Kjaer Dipuji Ketika Menyelamatkan Nyawa Rakan Sepasukannya

Luka Modric: “Media Dan Orang Inggeris Angkuh”

Analisis Taktikal: Itali Jumpa Cara Pecahkan ‘Bas’ Turki Dengan Sistem Membebaskan ‘Wide Playmaker’