Bekas penjaga gol Sepanyol dan Real Madrid, Iker Casillas semalam mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila mengakui yang dirinya kini adalah seorang gay dan menyokong ideologi LGBT.
Baca Juga:
- Casillas Akui Dirinya Gay, Kini Sedang Bercinta Dengan Puyol?
- Rakaman Audio Florentino Perez Kutuk Raul Dan Casillas Sebagai Penipu Terbesar
- Casillas: Mourinho Yang Pertama Menelefon Ketika Saya Hampir Mati
- Casillas Nasihatkan Donnarumma Pindah Ke Kelab Yang Lebih Betradisi Dan Kuat Di Eropah
Beliau membuat pengakuan secara terbuka menerusi laman twitter dan meminta para peminat menghormati pendiriannya.
“Saya harap anda boleh hormat saya, saya seorang gay,” tulis Casillas bahasa sepanyol di Twitter.
Pengakuan beliau turut dibalas oleh bekas pemain Barcelona dan rakan sepasukannya, Carlos Puyol seolah-seolah mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat.
“Sudah tiba masanya untuk mendedahkan kisah kita,” jawapan balas dari Puyol yang menerima lebih 1,000 retweet dan lebih 6,000 komen peminat dari seluruh dunia.
Bagaimanapun, ciapan tersebut bertahan selama 30 minit sebelum dipadam oleh bekas penjaga gol yang berusia 41 tahun tersebut.
Walaupun kenyataan itu sudah tiada di laman twitternya, namun peminat bola sepak sempat tangkap layar dan masih menjadi topik perbualan media eropah sehingga kini.
Casillas kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan laman twitternya telah digodam.
“Akaun digodam (hack). Nasib baik semuanya bawah kawalan. Minta maaf kepada semua peminat saya. Dan sudah tentu, saya ingin mohon maaf kepada semua komuniti LGBT,” tulis Casillas.
Cuenta hackeada. Por suerte todo en orden. Disculpas a todos mis followers. Y por supuesto, más disculpas a la comunidad LGTB. 🙏
— Iker Casillas (@IkerCasillas) October 9, 2022
Menurut laporan dari media Sepanyol, Casillas sebenarnya sengaja mengakui gay kerana tidak tahan dengan khabar angin yang mengaitkannya dengan ramai wanita selepas bercerai dengan wartawan sukan Sara Carbenero tahun lalu.
Minggu lepas, Casillas menafikan khabar angin bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan artis terkemuka, Shakira selepas penyanyi itu berpisah dengan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique.
Beliau menggunakan Instagram untuk menepis khabar angin itu dengan berkongsi tangkap layar artikel berbeza mengenainya kononnya dia dengan Shakira mempunyai hubungan istimewa.
🚨 Iker Casillas has deleted his tweet about being gay. He was being 'ironic' about his sexuality in order to deny rumours linking him to the actress Alejandra Onieva! ❌
He wants the media to stop spreading fake news linking him to new women every week.
(Source: @diarioas) pic.twitter.com/9qK6MGFOdg
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 9, 2022
Puyol turut memuatkan satu ciapan memohon maaf kepada komuniti LGBT kerana sengaja membalas kenyataan Casillas dengan tujuan membuat lawak.
“Saya buat kesilapan. Minta maaf kerana buat lawak bodoh yang tidak kena pada tempatnya. Saya faham ia mungkin sensitif dan menyakitkan semua orang,” kata Puyol.
Me he equivocado. Perdón por una broma torpe sin ninguna mala intención y absolutamente fuera de lugar. Entiendo que puede haber herido sensibilidades. Todo mi respeto y apoyo a la comunidad LGTBIQA+
— Carles Puyol (@Carles5puyol) October 9, 2022