Penyerang skuad Piala Asia 2019 Iraq, Mohanad Ali Khadim yang menjaringkan 2 gol sepanjang kempen pasukan itu telah ditawarkan kontrak oleh beberapa gergasi kelab bola sepak eropah dan salah satu daripadanya adalah Cagliari – sebuah kelab yang kini beraksi dalam saingan Serie A.
Penyerang muda yang berusia 18 tahun itu kini beraksi dengan kelab bola sepak yang berpangkalan di Rusafa, Iraq – Al-Shorta SC sejak tahun 2013 (dipinjamkan ke Al-Kahraaba selama 1 musim pada 2016/17).
Diantara kelab-kelab yang telah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat Mohanad Ali Khadim adalah;
- Cagliari: RM4,691,886
- Galatasaray: RM3,283,882
- Al Ain: RM3,752,847
- K.R.C. Genk:RM3,283,882
- FC Midtjylland:RM3,283,882
- Slavia Prague: RM2,814,635
- Fenerbahce: Masih tiada tawaran rasmi, tetapi akan buat tawaran yang lebih tinggi.
Mengikut kemaskini oleh Hassanin Mubarak, dimana beliau telah memuat naik surat tawaran dari beberapa buah kelab kepada Mohanad Ali Khadim, tawaran dari Cagliari menyatakan butiran yang lebih berbanding yang lain.
Dalam surat tawaran yang bertarikh 17 Januari 2019 itu, Cagliari menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Mohanad Ali Khadim dengan nilai €1,000,000 tetapi disertakan dengan terma berikut;
- Yuran Perpindahan Tetap: RM2,345,423 (€500,000)
- Yuran Perpindahan Bersyarat:
- RM469,084 (€100,000): 5 penampilan rasmi bersama pasukan kebangsaan Iraq (sekurang-kurangnya 45 minit masa permainan bagi setiap penampilan)
- RM469,084 (€100,000): 3 gol dijaringkan dalam aksi bersama skuad kebangsaan Iraq.
- RM469,084 (€100,000): 5 penampilan rasmi bersama skuad Cagliari Calcio dalam saingan Serie A (sekurang-kurangnya 45 minit masa permainan bagi setiap penampilan)
- RM469,084 (€100,000): 3 gol dijaringkan dalam aksi bersama skuad Cagliari Calcio dalam saingan Serie A
- RM469,084 (€100,000): Jika Cagliari menjual pemain kepada kelab lain.
Namun, tawaran itu hanya mempunyai tempoh 1 hari sahaja untuk dipertimbangkan oleh pihak kelab dan dari laporan media Iraq, menyatakan bahawa Al Shorta tidak memberikan apa-apa maklum balas kepada tawaran itu dan tidak akan menjual Mohanad Ali Khadim.
Dalam perkembangan lain, gergasi Serie A yang berpangkalan di Turin, Juventus juga dilaporkan sudah mula mengadakan perbincangan dengan ejen Mohanad Ali Khadim untuk membawa beliau ke dalam skuad La Vecchia Signora.
Gli occhi della #Juventus #MohanadAli, stellina della nazionale Iraq e protagonista in Coppa d’Asia.
Scout bianconeri stregati dall’attaccante classe 2000 dell'#AlShorta tanto da volerlo bloccare subito.
Martedì appuntamento con i suoi agenti. #calciomercato
— Nicolò Schira (@NicoSchira) January 26, 2019