Cadiz menuntut sambung semula aksi 9 minit lagi menentang Elche – agar ia dimainkan semula atau mereka mengheret La Liga ke mahkamah untuk tindakan perundangan.
Dalam aksi pada malam Isnin, Cadiz yang kini berada di zon penyingkiran, seri 1-1 dengan Elche di Estadio Nuevo Mirandilla.
Pasukan tuan rumah 1-0 di hadapan menerusi Brian Ocampo dan kelihatan akan berjaya meraih 3 mata yang benar benar mereka perlukan ketika ini untuk kekal di liga teratas.
Namun Elche menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi Ezequiel Ponce.
Gol penyamaan itu telah mengundang kontroversi, apabila penjaga garisan dan VAR gagal mengesan ofsaid yang jelas ketika binaan gol tersebut.
Ponce dengan jelas berada di belakang keseluruhan pemain pertahanan Cadiz sebelum dia turun ke bawah sedikit untuk menerima bola dan menolak kepada rakannya di belakang. Kemudian bola dihantar ke bahagian sayap.
🚨 OFFICIAL STATEMENT 🚨
🟡 Cádiz are challenging the match against Elche and requests its resumption from minute 81
🖥️ Due to the VAR controversy in yesterday’s match, the entity officially challenges the game to LaLiga
😬😬😬#LLL
🧡🇪🇸⚽️ pic.twitter.com/pAYHx1dInv— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) January 17, 2023
Ponce kemudian berada dalam kotak penalti menerima bola dengan menanduknya. VAR tidak dapat mengesan ofsaid pada binaan tersebut.
Malah ramai peminat Cadiz sendiri tidak jelas sama sekali bagaimana gol itu boleh ofsaid.
Cadiz were left fuming at VAR following the decision to allow Elche's equaliser in last night's 1-1 draw in La Liga.
Replays showed that Ezequiel Ponce, who scored Elche's goal, was offside in the build-up.pic.twitter.com/5AwPZSgbtG
— Football España (@footballespana_) January 17, 2023
Namun Cadiz telah menganalisis video gol tersebut dan kemudian menyimpulkan bahawa kemenangan mereka dirompak. Dan ofsaid harus diberikan kepada lawan.
Cadiz yang cuma 1 mata daripada zon selamat marah dan membuat bantahan rasmi.
Dalam surat bantahan mereka, Cadiz mendesak gol itu dibatalkan dan mahu sambung semula perlawanan menentang Elche. Bermakna aksi akan disambung semula daripada sepakan percuma kerana ofsaid pada minit ke-81.
Dalam kenyataan rasmi di laman rasmi kelab, Cadiz berkata: “Hari ini, pada 17 Januari 2023, bahagian perundangan kelab Cadiz telah menghantar surat bantahan kepada pihak berkuasa berkaitan insiden yang berlaku antara Cadiz vs Elche.”
‼️ Official statement on Cádiz-Elche
📃 The entity challenges the match and requests its resumption from minute 81#ThisIsCádizhttps://t.co/j7p7EiViAk
— Cádiz CF 🇬🇧🇺🇸 (@Cadiz_CFEN) January 17, 2023
“Di mana kami meminta agar perlawan dimainkan semula bermula minit ke-81, yang berhak kami dapat. Ianya adalah masa di mana pengadil mengesahkan gol Elche oleh Ezequiel Ponce, walaupun ianya berpunca daripada gerakan ofsaid, dengan merujuk imej dalam perlawanan itu.”
“Sangat bercanggah sekali, jika perlu, pada akhir musim ini, dengan mengambil kira kerugian dari sudut ekonomi dan kesukanan yang mungkin mempengaruhi kedudukan terakhir Cadiz dalam liga musim ini dalam liga divisyen utama.”
“Entiti perundangan kami akan mempertimbangkan beberapa langkah perundangan termasuk tindakan saman ke atas mereka yang bertanggungjawab yang harus membuatkan Cadiz mengalami kerugian.”
Sebenarnya, Cadiz merujuk kepada kes terdahulu di mana memang ada perlawanan di dalam La Liga yang pernah disambung semula pada hari lainya untuk menamatkan baki perlawanan.
Misalnya pada Januari 2005, Real Madrid bermain aksi enam minit di Santiago Bernabeu selepas aksi menentang Real Sociedad dihentikan (bukan ditamatkan) pada minit ke-87. Hal ini kerana pada ketika itu terdapat ancaman bom di dalam stadium yang membuatkan petugas keselamatan melakukan proses evakuasi.
Ancaman itu ternyata palsu. Aksi kedua dua pasukan disambung pada minggu berikutnya di mana Zidane menjaringkan gol kemenangan daripada sepakan penalti.
Walaubagaimanapun, peraturan FIFA menyebut bahawa, sesuatu perlawanan itu tidak boleh dipersoalkan keabsahan keputusannya jika berlaku kesalahan pada VAR.