Erling Haaland cetak 2 gol pada aksi pembukaan untuk Manchester City ketika skuad Pep Guardiola bertandang ke Turf Moore.

Baca Juga:

Ianya adalah pertembungan di antara juara Liga Perdana Inggeris menentang juara Liga Kejuaraan.

Manchester City memulakan kempen mempertahankan treble mereka dengan menang ke atas Burnley 3-0 di tempat lawan.

Burnley yang dikendalikan bekas kapten legenda Man City, Vincent Kompany dikenali dengan perubahan dari segi taktikal berbanding era Sean Dyche.

Erling Haaland meneruskan kecemerlangannya di hadapan gol dengan mencetak 2 gol pada separuh masa pertama. Sementara 1 lagi gol oleh Man City adalah menerusi Rodri.

Gol pertama Haaland dijaringkan pada minit ke-4 menerusi sentuhan pertama beliau. Merupakan jaringan terpantas dalam aksi pembukaan EPL sejak 2018/19 – di mana Paul Pogba ketika itu menghasilkan gol dalam masa 2 minit 23 saat.

Sementara gol kedua Haaland pada minit ke-36, menjadikan dia penjaring gol pertama – sejak Didier Drogba pada 2010 dan 2011 – mencetak gol 2 atau lebih 2 gol dalam 2 aksi pembukaan EPL berturut turut.

Musim lalu Haaland berjaya cetak 2 gol ke atas West Ham pada aksi pembukaan.

Manchester City benar benar dominan dalam perlawanan ini. Di mana mereka menguasai 65% daripada bola. Melakukan 17 percubaan ke arah gol Burnley, 7 daripadanya adalah tepat.

Sementara Burnley yang kelemasan dalam intensiti pasukan Pep Guardilla cuma mencatatkan 6 percubaan dengan 1 percubaan tepat sahaja.

Manchester City menang 3-0 dengan bergaya ke atas Burnley pada aksi pembukaan yang merupakan satu satunya aksi EPL pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Man City jelas memberikan isyarat bahawa mereka sudah sedia untuk mempertahankan kejuaraan liga dan treble mereka musim ini.