Buriram United mengesahkan kejuaraan Toyota Thai League 1 musim 2018 selepas menewaskan Police Tero FC dengan keputusan 2-0 semalam hasil jaringan penyerang prolifik mereka Diogo Santos dan Korrakot.
Dengan kemenangan itu membolehkan Buriram United mengumpul 78 mata dari 31 perlawanan berbanding dengan pasukan ditempat kedua True Bangkok United dengan 66 mata berbaki 4 perlawanan.
Dalam saingan Toyota Thai League 1, mereka menggunakan format yang berlainan untuk menentukan kedudukan pasukan dalam saingan liga.
Kriteria pertama adalah jumlah pungutan mata keseluruhan diikuti oleh ‘head-to-head’, jumlah perbezaan gol dan jumlah gol yang dijaringkan.
Berdasarkan keputusan perlawanan diantara Buriram United dan True Bangkok United, pertemuan pertama mereka musim ini berkesudahan dengan seri 2-2, manakala dalam perlawanan kedua pula Buriram United berjaya mengatasi True Bangkok United dengan keputusan 2-1.
Ini merupakan kejuaraan ke 6 Buriram United dan membolehkan mereka menerima slot automatik peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2019.
Musim 2018, aksi Buriram United dalam saingan AFC Champions League tersekat pada pusingan 16 apabila tewas kepada Jeonbuk Hyundai dengan agregat 3-4