Peminat bola sepak Thailand hari ini terkejut dengan pengumuman senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan negara itu untuk aksi persahabatan antarabangsa bulan Oktober.
Baca Juga:
- Asian Games 2022: Thailand Terlalu Unggul Buat Malaysia
- Mano Polking Yakin Thailand Mampu Layak Ke Piala Dunia 2026
- Ketumpulan Penyudah Punca Harimau Muda Tewas Kepada Thailand
Beberapa tonggak utama seperti Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin, Sarach Yooyen, Supachai Chaided dan Pansa Hemviboon tiada dalam senarai kali ini dipercayai tidak dapat pelepasan daripada pemilik kelab Buriram United dan BG Pathum United akibat jadual padat.
Selain Liga Thailand, Buriram United dan BG Pathum United turut terlibat dalam saingan AFC Champions League musim ini.
Turut tidak dipanggil ialah Supachok Sarachat yang bersama kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo dan Suphanat Mueanta dari kelab Belgium, OH Leuven.
Situasi itu sekaligus menjejaskan persiapan Thailand bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung pada bulan November ini.
Don't send us anywhere if we can't get our best players to represent the country.
What a joke of a squad. pic.twitter.com/FPAordvRUz
— Ta Lao (@talao_) October 3, 2023
Thailand kali ini akan berangkat ke eropah bagi menghadapi pasukan di ranking FIFA 79 dunia, Georgia dan 115 dunia, Estonia.
Mereka turut diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi dan warisan seperti James Beresford, Tristan Do, Nicholas Mickelson, Ben Davies dan Arthit Berg.
“Ini situasi yang sukar untuk pasukan kami. Jadual liga yang padat memaksa kami tidak dapat khidmat pemain terbaik daripada kelab masing-masing.
“Saya melihat ini merupakan peluang untuk pemain baharu menunjukkan kemampuan mereka kerana kami akan berdepan pasukan yang kuat.
“Ia juga bagus untuk pemain muda bawah 23 tahun yang tidak dapat peluang beraksi di pentas antarabangsa.
“Sudah tentu Georgia dan Estonia lawan yang berkualiti. Mereka mempunyai ramai pemain yang beraksi di kelab terkemuka eropah.
“Saya melihat ini akan membantu meningkatkan prestasi pemain baharu sekaligus menyebabkan saingan sihat merebut tempat dalam skuad Kelayakan Piala Dunia. Saya harap peminat dapat memahami situasi yang dialami oleh pasukan,” kata Ketua Jurulatih Thailand, Mano Polking dalam kenyataan rasmi.