Skuad Kebangsaan Brunei Darussalam akhirnya menamatkan penantian selama 26 tahun apabila layak beraksi di saingan berprestij Asia Tenggara, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam.
Walaupun tewas 0-1 kepada Timor Leste dalam perlawanan play-off kedua namun mereka layak dengan agregat 6-3 berdasarkan keputusan perlawanan play-off pertama apabila mencatat kemenangan 6-2.
Keputusan itu juga bermakna Brunei ditempatkan dalam kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Kemboja.
🚨 FT | 🇹🇱 Timor-Leste 1️⃣-0️⃣ Brunei DS 🇧🇳 (3️⃣-6️⃣ agg.)
🥳 Mouzinho's first-half strike not enough as Brunei return to the group stage for the first time since 1996 💫#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #TLSvBRU pic.twitter.com/LqFxCSCXXN
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) November 8, 2022
Tahun 2020, mereka sepatutnya menyertai Piala AFF di Singapura namun terpaksa menarik diri disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 walaupun sudah buat persiapan rapi dibawah kendalian bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.
Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad Tabuan itu tampil di Piala AFF adalah pada 26 tahun yang lalu iaitu pada 1996. Ketika itu, pertandingan dinamakan sebagai Piala Tiger.
Pada tahun 1996, Brunei berada dalam kumulan B bersama Thailand, Malaysia, Singapura dan Filipina. Mereka hanya mampu mengutip 3 mata daripada empat perlawanan yang diharungi.
Brunei hanya menang satu perlawanan menentang Filipina dengan jaringan 1-0. Baki perlawanan berakhir dengan kekalahan kepada Singapura (0-3), Thailand (0-6) dan Malaysia (0-6).