Vincent Aboubakar menjadi wira kemenangan Cameroon apabila menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan dan kemudian dilayangkan kad merah.
Baca Juga:
- Serbia vs Switzerland: A-Team Nati Iringi Brazil Ke Pusingan 16
- Ghana vs Uruguay: La Celeste Catat Kemenangan, Namun Gagal Layak Ke Pusingan 16 Terakhir
- Portugal vs Korea Selatan: Gol Hwang Hee-chan Bawa Taegeuk Warriors Ke Pusingan 16
Cameroon meraih kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Brazil.
Juara 5 kali, Brazil sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya. Namun mereka perlu waspada risiko kehilangan status juara kumpulan G pada hari terakhir perlawanan.
Aboubakar menyambut hantaran silang daripada pemain gantian Jerome Ngom Mbekeli untuk memecah kebuntuan pada minit ke-90+2 di Stadium Lusail, Doha.
Dia kemudian dilayangkan kad kuning kedua kerana menanggalkan bajunya dalam perayaan liar. Namun selepas kemenangan Cameroon disahkan, ternyata ianya kad merah yang berbaloi untuk diterima.
Aboubakar menjadi pemain pertama menerima kad merah di Piala Dunia selepas menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, selepas Zinedine Zidane pada 2016.
Vincent Aboubakar is the first player to score and be sent off in a World Cup match since Zinedine Zidane in the 2006 final vs. Italy 😅 pic.twitter.com/FrUhNkA7BR
— ESPN FC (@ESPNFC) December 2, 2022
Tite menggunakan peluang ini untuk merehatkan ramai pemain utamanya. Dia melakukan sembilan perubahan, termasuk memberikan permulaan kepada Dani Alves yang berusia 39 tahun, menjadikannya pemain antarabangsa paling tua dalam sejarah Brazil bagi pasukan lelaki.
39-year-old – Dani Alves has become Brazil’s oldest ever player at a World Cup! 🇧🇷 pic.twitter.com/aHgFGO1zKm
— Football Factly (@FootballFactly) December 2, 2022
Di belakang Brazil masih menampilkan Ederson dari Manchester City di gawang gol, Eder Militao dari Real Madrid di pertahanan tengah, Fabinho dari Liverpool di bahagian tengah.
Dengan Gabriel Jesus dari Arsenal disokong oleh bintang Real Madrid, Rodrygo di serangan.
Mereka juga mempunyai Gabriel Martinelli yang berusia 21 tahun di sebelah kiri dan prospek Arsenal itu adalah pemain terbaik mereka dalam perlawanan ini.
Dia hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14 apabila dia menanduk bola dalam keadaan tidak dikawal. Dia turut melakukan percubaan bahaya untuk menguji penjaga gol Cameroon.
Ia adalah satu permainan yang ternyata menunjukkan bahawa Brazil merindui kelibat Neymar, yang masih belum pulih daripada kecederaan buku lali yang memaksanya dikeluarkan dalam kemenangan pembukaan 2-0 ke atas Serbia.
Penyokong Brazil, yang membentangkan sepanduk dengan mesej “Get Well Soon” untuk Pele, kemudian bersorak kuat apabila Neymar muncul di skrin di dalam stadium yang besar itu.
Brazil fans send Pele a get well soon message 💚 pic.twitter.com/uUDQ4UBJnF
— GOAL (@goal) December 2, 2022
Cameroon hampir mendahului pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila tandukan Bryan Mbeumo memaksa Ederson melakukan penyelamatan penting.
Brazil telah memenangi kesemua tujuh pertemuan sebelumnya dengan lawan Afrika di Piala Dunia, termasuk menewaskan Cameroon pada 1994 dan sekali lagi pada 2014.
Martinelli menjadi ancaman paling bahaya daripada Brazil ketika pemain lain bergelut di zon serangan.
Tite kemudian menggunakan kesempatan yang ada untuk menguji beberapa pemain lain termasuk duo Flamengo iaitu Everton Ribeiro dan Pedro.
Tite juga meratapi kecederaan yang melanda Alex Telles pada separuh masa kedua.
Telles adalah pemain pertahanan ketiga Brazil yang mengalami kecederaan pada kejohanan itu selepas Danilo dan Alex Sandro.
Cameroon meraikan kemenangan mereka ini dengan girang sekali. Walaupun gagal mara ke pusingan seterusnya, namun mereka berjaya memberikan peminat mereka momen untuk diraikan pada hari terakhir mereka beraksi di Qatar dengan menewaskan Brazil.