Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney berpuas hati apabila pasukannya berjaya menewaskan Mongolia pada aksi kelayakan AFC B-23 Tahun kumpulan J yang berlangsung pada semalam.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, meskipun berpuas hati dengan kemenangan 1-0, namun Brad menganggap anak-anak buahnya mampu untuk menamatkan permainan dengan lebih banyak jaringan.

Pemain sayap Terengganu, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira buat skuad negara apabila jaringan tunggal beliau menghadiahkan kemenangan 1-0 sekaligus meletakkan pasukan negara di puncak kumpulan J.

Nur Azfar membuka tirai jaringan dimana beliau berjaya menanduk masuk bola berpunca daripada hantaran tandukan daripada pemain pertahanan, Hairiey Hakim bagi meletakkan Malaysia di hadapan.

Bagai mendapat tonik berguna susulan jaringan tersebut, pemain tengah Nik Akif Syahiran Nik Mat melakukan percubaan baik ke kubu lawan tetapi rembatannya dinafikan oleh Batmagnai pada minit ke-41.

Peluang terbaik negara dimiliki pada minit ke-75 tetapi percubaan kaki kanan dari luar kawasan penalti yang dilakukan oleh ketua pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi hanya singgah di palang gol. Kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, skuad bimbingan Brad Maloney akan bertemu Thailand dan pasukan negara hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul juada kumpulan J sekaligus melayakkan diri ke saingan AFC B-23 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Thailand menduduki tangga kedua dibelakang Malaysia dengan perolehan 4 mata hasil daripada seri ketika menentang Mongolia dan menang ke atas Laos dengan keputusan 3-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Worrawoot Srimaka Tunai Nazar Lari Keliling Padang ’10 Round’ Selepas Menang Dengan Laos.

Kem Latihan Harimau Malaya Bermula Selepas Tamat Separuh Akhir Piala Malaysia

Kim Shin-wook Terima Tawaran Dari Juara S-League, Lion City Sailors