Tindakan ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney yang menyenaraikan pemain yang berpangkalan di Jerman, Annil Vigneswaran nyata mencetuskan persoalan di kalangan peminat bola sepak tanah air.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Brad kemudiannya memberikan reaksi beliau terhadap faktor pemilihan pemain pertahanan berusia 18 tahun itu dalam senarai akhir skuad 23 pemain yang dibawanya ke Ulaanbaatar untuk berdepan Laos, Mongolia dan Thailand.
Annil Lapor Diri Ke Skuad Harimau Malaya B-22 Di Mongolia
Baca berita penuh di https://t.co/0x42QSC1MN#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/ZOTrLccktC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 21, 2021
“Berhubung isu Annil ini, kami barisan kejurulatihan sebenarnya telah lama memantau perkembangan dan prestasinya. Bukan kita tak tengok langsung dan terus tiba-tiba meletakkan nama dia dalam senarai 23 pemain ke Mongolia ini.
“Penolong jurulatih, Khan Hung Meng pernah melatih pemain ini sebelum dia ke Jerman beberapa tahun yang lalu dan dia dilihat sebagai seorang pemain yang berbakat besar dan sejak itu, prestasinya sudah pun mula dipantau.
“Annil kemudian telah pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan tetapi malangnya kem latihan pusat pada masa itu tidak dapat dijalankan kerana Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2021 dibatalkan.
“Tapi sejak dari itu, kami sentiasa memantau perkembangan prestasi yang ditampilkannya di Jerman dan berdasarkan video dan maklum balas yang diterima, cukup positif.
Gagal ke AMD
Gagal ke SSM
Gagal ke SSN
Gagal ke PLD
Gagal wakil daerah di MSSD
Gagal wakil negeri ke MSSMTidak mengapa…
Boleh terus wakil Malaysia utk kelayakan AFC B23 di Mongolia
Mungkin jauh lebih baik dari homegrown talent kita di sini
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) October 19, 2021
“Keputusan telah pun dibuat dan dia juga boleh bermain di beberapa posisi, seorang pemain yang versatil dan boleh menjadi aset kepada pasukan. Kami barisan kejurulatihan berasakan yang dia mampu memberi sumbangan kepada pasukan pada saingan kelayakan ini,” jelas Maloney.
Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 (3.00 petang) diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 (11.00 pagi) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 (11.00 pagi) bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan pada Jun 2022.
Ketiga-tiga perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar yang menggunakan permukaan padang rumput tiruan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-22 tahun negara di sini:
Penyenaraian Annil Vigneswaran Dalam Skuad B-22 Tahun Cetus Tanda Tanya
23 Pemain Termasuk Dari Kelab Jerman Dipilih Mewakili Malaysia Hadapi Kelayakan Piala Asia B-23