Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Brazil, Botafogo bermkinat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda.
Botafogo telah memberikan tawaran kepada Honda dan kini mereka sedang menunggu maklum balas sama ada bekas pemain AC Milan itu bersetuju dengan tawaran yang diberikan atau sebaliknya.
Honda ketika ini berstatus ejen bebas setelah beliau berpisah dengan kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem pada Disember tahun lalu. Alasan mengapa Honda meninggalkan Vitesse adalah kelan tersebut memecat pengendali pasukan ketika itu, Leonid Slutsky.
Slutsky merupakan pengurus yang mengketengahkan bakat Honda ketika pemain itu beraksi di Rusia bersama CSKA Moscow.
Thank you for everything to all people of @MijnVitesse Unfortunately it was very short time but I really appreciate it. Look forward to seeing you someday again! pic.twitter.com/LsJuFvqCGB
— Keisuke Honda (@kskgroup2017) December 23, 2019
Sebelum ini, Honda mempunyai pengalaman beraksi di benua Amerika dimana beliau beraksi bersama kelab Liga Mexico, Pachuca.
Bersama Pachuca, Honda tampil dalam 29 perlawanan dan berjaya menyumbang sebanyak 10 jaringan. Pengalaman ini sedikit-sebanyak dapat membantu Honda untuk menyesuaikan diri dalam saingan Liga Brazil.
Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda yang telah kami sediakan di sini:
Persija Jakarta Dilaporkan Sedang ‘Nego’ Untuk Dapatkan Khidmat Keisuke Honda
Kaki Jersi Sah Tandatangan Penajaan Jersi Kelab Bola Sepak Milik Honda Keisuke Selama 1 Musim