Pasukan B-23 tahun Malaysia diundi dalam kunpulan B bagi menghadapi temasya Sukan SEA edisi 2021 yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 6 hingga 22 Mei ini.
Pada acara undian yang berlangsung pada hari ini, pasukan negara diundi bersama pemenang pingat emas sebanyak 16 kali iaitu Thailand, Kemboja, Singapura dan juga Laos.
#SEAGAMES31| ✨MEN'S FOOTBALL – OFFICIAL DRAW RESULTS
Here is draw results of Men' Football at 31st SEA Games.
Let's support your country !#SEAGames31 #SG2021 pic.twitter.com/jQRmUPtYBJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 6, 2022
Undian kali ini dilihat seimbang dan pasukan negara dibawah bimbingan Brad Maloney dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat separuh akhir sekaligus cuba untuk memenangi pingat pada edisi kali ini.
Pada edisi 2019 yang berlangsung di Filipina, Malaysia gagal untuk memberikan cabarang sengit dalam kumpulan A yang menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu gagal melepasi peringkat kumpulan.
Pasukan negara hanya mampu meraih satu kemenangan, satu seri dan mengalami dua kekalahan sekaligus menyaksikan Myanmar dan Kemboja layak ke peringkat separuh akhir.
Kali terakhir skuad kebangsaan berjaya memenangi pingat dalam acara bola sepak temasya Sukan Sea ialah pada edisi 2017 yang mana ketika itu Malaysia merupakan tuan rumah.
Skuad Harimau Malaya mara sehingga ke perlawanan akhir namun terpaksa akur tewas kepada Thailand dengan keputusan 1-0 dan meraih pingat perak.
Temasya Sukan Sea membolehkan setiap pasukan yang bertanding membawa dua pemain yang melebihu had umur 23 tahun untuk memperkuatkan pasukan.
Pada edisi 2019, Datuk Ong Kim Swee membawa dua pemain pertahanan, Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria bagi mengisi kuota pemain lebih umur.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Disahkan Kanser, Brendan Gan Beri Sokongan Kepada Louis van Gaal
Luqman Jaringkan Gol Kedua Bantu KV Kortrijk Tewaskan Westerlo
Santokh Singh: Menaturalisasi Pemain Adalah Satu Perkara Bodoh