Salah satu perkara yang menjadi perhatian setiap kali menjelang Piala Dunia adalah bola rasmi kejohanan. Dan sudah tentunya bola itu keluaran Adidas yang sudah menjadi rakan rasmi FIFA dalam penganjuran Piala Dunia sejak sekian lama.
Baca Juga:
- Al Rihla Sah Jadi Bola Rasmi Piala Dunia 2022, Menyokong Permainan Pantas Bola Sepak Moden
- Bola Rasmi Piala Dunia 2022 Sebenarnya Buatan Indonesia
- Nike Flight Digunakan Sebagai Bola Rasmi Aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022
- Puma Orbita 2 Bola Rasmi Pertandingan Domestik FAM
Pada kali ini, bola rasmi yang akan digunakan untuk Piala Dunia 2022 diberi nama Al Rihla yang dicipta khusus untuk Piala Dunia. Dalam bahasa Arab, Al Rihla bermaksud ‘sebuah perjalanan’.
Namun begitu, bola rasmi Piala Dunia kali ini bukanlah bola yang biasa kerana dilengkapi teknologi baharu yang lebih canggih bagi memastikan keputusan yang lebih adil di tengah padang.
Badan induk bola sepak dunia bersama Adidas telah memperkenalkan bola berteknologi tinggi yang mempunyai penderia atau ‘sensor’ seberat 14 gram di dalamnya yang membolehkannya dijejaki dalam masa nyata serta titik pin lokasi tepat pada bila-bila masa dalam perlawanan.
Penggunakan teknologi itu membolehkan lokasi bola dikenal pasti dengan lebih tepat dan membantu pengadil menilai gol, kedudukan ofsaid dan aspek kesalahan lain dalam perlawanan.
Ia juga terbukti sebagai alat yang berguna untuk disambungkan ke sistem video bantuan pengadil (VAR).
Bagaimanapun, sebelum perlawanan bermula, bola tersebut perlu dicaj terlebih dahulu kerana menggunakan bateri kecil yang hanya mampu bertahan sekitar 6 jam dan 18 hari jika tidak digunakan secara aktif.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pelabur dalam perniagaan sukan, Joe Pompliano menerusi laman twitternya.
The sensor is powered by a small battery, which can last for 6 hours of active use or 18 days when not.
The sensor weighs just 14 grams, and the backend system automatically switches (without human intervention) when a new ball is put in play.
Read more: https://t.co/OSvNgOAgqH
— Joe Pompliano (@JoePompliano) November 30, 2022
Penderia seberat 14 gram itu dibangun dan dikilang oleh Kinexon, syarikat perisian berpangkalan di Munich dan pengasas bersamanya Maximilian Schmidt menerangkan cara ia berfungsi, malah mengatakan pada bila-bila masa bola terkena impak sistem pada kadar 50 frame sesaat.
“Data dihantar dalam masa nyata dari penderia kepada sistem penentu kedudukan (LPS), yang membabitkan penyediaan antena rangkaian yang dipasang di sekitar medan permainan yang mengambil dan menyimpan data untuk digunakan segera.
“Apabila bola keluar dari kawasan semasa permainan dan bola baru dibaling atau ditendang masuk untuk menggantikannya, sistem ‘backend’ Kinexon secara automatik beralih kepada input data bola baharu tanpa memerlukan bantuan manusia,” kata Schmidt.
Al Rihla juga memiliki ciri ciri khas dalam menyokong permainan pantas dalam bola sepak moden.
Sebanyak 20 panel bola disertakan di dalam sebiji bola bagi membantu meningkatkan aerodinamik. Ini juga didakwa mampu membantu pemain meningkatkan ketepatan hantaran, percubaan dan melencongkannya.
Selain itu, bola Al Rihla diperbuat daripada dakwat dan gam berasaskan air, buatan yang pertama untuk model Piala Dunia.