Indonesia mencatat kemenangan besar ke atas Brunei dalam aksi kumpulan A saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 namun salah seorang pemain skuad Garuda, Hansamu Yama menjadi bahan perbincangan peminat.
Baca Juga:
- Brunei vs Indonesia: Skuad Garuda ‘Mengamuk’ Di Cheras
- Tak Mau Ungkap Target Gol Lawan Brunei, Shin Tae-yong: Itu Tidak Menghargai Lawan
- Puji Liga Malaysia Bagus, Ketum PSSI Bangga Ada Pemain Indonesia Yang Main Di Sana
Hansamu diturunkan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih pasukan, Shin Tae-yong dimana pasukan itu membuat perubahan besar setelah menewaskan Kemboja pada perlawanan pertama.
Pada minit ke-51, Hansamu Yama memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketiga Indonesia namun percubaan beliau hanya melewati pintu gol Brunei sedangkan penjaga gawang sudah tewas.
Indonesian Darwin Nunezpic.twitter.com/oz1VnSZ6t1
— Troll Football Media (@Troll__Footbal) December 26, 2022
Kegagalan Hansamu menyempurnakan peluang menarik perhatian salah satu media bola sepak antarabangsa iaitu Troll Football dimana mereka menyamakan pemain pertahanan itu dengan penyerang Liverpool iaitu Darwin Nunez.
Meskipun Hansamu Yama gagal menyempurnakan peluang, namun perkara itu tidak menghalang Indonesia untuk meraih kemenangan besar 7-0 ke atas Brunei.
Mendapat sokongan lebih 5000 penyokong setia yang hadir ke Stadium KLFA, Cheras pada semalam, Indonesia mendominasi permainan sebaik wisel permulaan dimana gol pertama hadir pada minit ke-20 apabila percubaan kaki kiri Syahrian Abimanyu selepas menerima hantaran Ilija Spasojevic gagal diselamatkan penjaga gol, Haimie Anak Nyaring.
Brunei terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas bek kanan, Mohammad Alinur Rashimy Awang Jufri diperintahkan keluar padang ekoran kad kuning kedua diterimanya.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya skuad Garuda untuk menambah jaringan kedua pada minit ke-41 menerusi Dendy Sulistyawan.
Berpunca daripada hantaran lintang baik daripada Edo Febriansyah, Egy yang tidak dikawal dengan rapi pertahanan lawan berjaya menanduk bola untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-59.
Kedudukan terus berubah berselang dua minit kemudian apabila Spasojevic pula bijak menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti dengan melakukan ‘back heel’ cantik menewaskan Haimie.
Tidak cukup dengan empat jaringan tersebut, giliran Ramadhan Sananta mencetak nama selaku penjaring selepas beliau dengan mudah menyudahkan peluang susulan hantaran lintang dilakukan Yakob Sayuri pada minit ke-69.
Pemain gantian, Marc Klok menambah derita Brunei minit ke-86 apabila rembatan leretnya dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Yakob Sayuri.
Selepas cemerlang dengan dua bantuan jaringan, Yakub Sayuri kemudiannya menutup pesta jaringan naib juara edisi lalu menerusi tandukan pada masa kecederaan.