Kementerian Kebudayaan dan Sukan Vietnam, Nguyen Ngoc Thien mengesahkan pihaknya kini sedang berbincang dengan duta Perancis, Nicolas Warnery mengenai perancangan mengadakan perlawanan persahabatan di negara itu.
Bola sepak merupakan sukan nombor satu bagi dua negara tersebut. Perancis berharap dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Vietnam melalui penglibatan dalam sukan itu.
Justeru itu, mereka berhasrat untuk mengadakan perlawanan pertunjukan yang melibatkan beberapa bintang terkemuka dunia seperti Michel Platini, Fabien Barthez, Jean Pierre Papin, Marcel Desailly, Nicolas Anelka sambil dikendalikan oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Menurut Bongdaplus, projek ini juga bertujuan untuk mempromosi budaya Vietnam di peringkat antarabangsa. Sebagai balasan, Perancis akan menyumbang kepada pembangunan akar umbi dengan melatih pemain muda, memberikan bantuan kemanusian serta pendidikan.
Wanery juga tidak menolak kemungkinan akan membawa pasukan kebangsaan Perancis ke Vietnam untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Skuad kendalian Park Hang-seo itu kini berada di kedudukan ranking 94 dunia dan berpeluang cerah untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.
Sebelum ini, Arsene Wenger pernah membawa Arsenal menentang skuad kebangsaan Vietnam pada tahun 2013. Mereka menang besar 7-1.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
FIFA Mungkin Ubah Peraturan Naturalisasi, Bakal Beri Kelebihan Kepada China
Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League
Marko Arnautović Akui Pandang Rendah Saingan Chinese Super League