Kelantan memulakan aksi pembukaan Liga Premier 2019 dengan kekecewaan apabila tewas 0-1 kepada Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang semalam.
Gol tunggal perlawanan itu telah dijaringkan oleh pemain import Selangor United dari Uzbekistan – Nikita Pavlenko pada minit ke 23 perlawanan selepas berjaya memperdayakan Farisham Ismail.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani dalam sidang media sejurus selepas perlawanan tamat menyatakan beliau merasakan bahawa pasukan Kelantan masih belum serasi.
“Dari segi penampilan saya rasa pasukan Kelantan masih kurang keserasian lagi dan tahniah kepada pasukan Selangor United kerana berjaya mengutip 3 mata pada petang ini.”
“Waktu permainan pada disebelah petang ini mungkin benda yang baru bagi pasukan Kelantan. Selalunya kami bermain disebelah malam. Selepas 10 tahun, kita beraksi di Liga Premier, yang mana bermain diwaktu petang, jadi adalah terlalu awal untuk saya membuat keputusan untuk pasukan saya.”
“Dalam tempoh seminggu, mungkin dia (Marko Krajevic) tidak mengenali pemain tambahan hari ini pula dia tidak berada bersama pemain dibangku simpanan. Jadi adalah sukar untuk dia memberikan arahan serta motivasi kepada pemain.”
Ramai penyokong yang hadir ke stadium seperti terpinga-pinga apabila kelibat Marko Kraljevic tidak kelihatan ditepi padang, Bibi Ramjani memberitahu ketua jurulatih baharu Kelantan itu masih belum menerima akreditasi.
“Kita sudah cuba untuk dapatkan akreditasi namun pihak MFL masih belum memberikan kelulusan akreditasi kepada Marko Kraljevic.”