BG Pathum United meraih kemenangan kedua dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila menewaskan Police Tero dengan keputusan 3-0 sekaligus naik ke tangga ke-4 dalam carta liga.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium LEO, kedua-dua pasukan masih belum tewas dan berazam untuk mengekalkan rentak semasa. Namun, BG dilihat lebih menguasai perlawanan.
BG Pathum menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama masing-masing menerusi dua pemain import iaitu Irfan Fandi dan Daniel Rodriguez serta bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand, Siroch Chatong.
Police cuba untuk bangkit namun benteng BG tenang mengawal keadaan sekaligus memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Dusit Chalermsan itu.
Dua pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan disenaraikan dalam skuad 18 pemain namun tidak diturunkan pada perlawanan semalam dimana mereka hanya memanaskan bangku simpanan.
Pada perlawanan yang sepatutnya, BG Pathum akan berdepan Trat FC manakala Police turun menentang Samut Prakan.
Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia dalam saingan Thai League 1 di sini:
BG Pathum United Mulakan Saingan Thai League 1 Dengan Kemenangan
Thai League 1: Police Tero Kejutkan Bekas Juara, Buriram United