Penyerang import dari Brazil, Bergson Da Silva sah menjadi senjata baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Bergson diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain JDT hari ini dimana beliau bakal menyarung jersi bernombor 9, sekaligus menjadi penyerang utama pasukan.
Sebelum ini, JDT menandatangani penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera namun pemain itu dipinjamkan ke kelab divisyen pertama Liga Argentina, Club Atlético Independiente.
Bergson Da Silva menyertai JDT secara pinjaman dari kelab Brazil, Fortaleza dimana beliau akan beraksi selama empat bulan bersama skuad Harimau Selatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Johor Darul Ta’zim di sini:
Benjamin Mora: Penang FC Paksa Pemain JDT Beraksi Dalam Tekanan