Juventus terpaksa ‘bungkus’ awal daripada saingan UCL musim ini. Juventus terus gagal dalam pemburuan Liga Juara Juara Eropah mereka. Di mana skuad bimbingan Max Allegri itu rasminya tersingkir daripada pusingan pertama UCL.
Baca Juga:
- Juventus: “Dybala Dah Tak Penting Sebab Kami Dah Ada Vlahovic”
- De Ligt: Juventus Tak Bercita-Cita Tinggi Di UCL Seperti Bayern Munich
- Paul Pogba Sah Bakal Kembali Sarung Jersi Juventus
Juventus’ record in the champions league after we won it in 1996. (@GoalItalia) pic.twitter.com/rsrL3K1pEA
— JuveFC (@juvefcdotcom) October 25, 2022
Ianya selepas mereka kalah 4-3 di tangan Benfica dalam perlawanan kelima Kumpulan H. Perlawanan tersebut benar benar sarat dengan gol.
Juventus terpaksa menelan satu lagi kekalahan pada musim yang sangat mengecewakan mereka setakat ini. Juventus bungkus awal daripada UCL 2022/23 dalam cara yang disifatkan Allegri sebagai menyakitkan.
Pasukan tuan rumah sudah mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Antonio Silva, sepakan penalti Joao Mario, dan Rafa Silva. Sebaliknya, Juventus berhempas pulas untuk mendapatkan gol menerusi Moise Kean.
Gol tersebut memerlukan VAR untuk membuat pengesahan dan Juventus berjaya mendapatkannya.
Benfica menambah satu lagi gol pada awal separuh masa kedua menerusi Rafa Silva untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Juventus kemudiannya merapatkan jurang gol menerusi Arkadiusz Milik dan Weston McKennie. Mereka cuba untuk menghidupkan sisa sisa perjuangan mereka namun gagal.
Keputusan ini membuatkan Juventus sudah pasti tersingkir dari Liga Juara-Juara. Kelab Turin itu hanya mengumpul tiga mata setakat ini, manakala Benfica dan PSG mempunyai 11 mata dan memastikan kelayakan ke pusingan 16 terakhir.
Selepas tamat perlawanan Max Allegri mengakui bahawa kekalahan kali ini benar benar menyakitkan.
Dia melaungkan amaran bahawa pemainnya bangkit segera selepas kekalahan yang menyakitkan kali ini. Dia mahu Juventus mulai bangkit dalam saingan liga walaupun agak terlambat.
Allegri turut menyelar pemainnya yang memberikan penalti kepada Benfica pada kedudukan 1-1. Yang dianggap sebagai menyusahkan diri sendiri.
“Pada kedudukan 1-1, kamu tak boleh memberikan lawan kamu penalti seperti itu. Kami telah menyusahkan hidup sendiri.”
“Pastinya bagus untuk terus kekal dalam persaingan. Penyingkiran ini sangat memedihkan namun saya mahu anak anak buah saya jadikan kekalahan ini sebagai api kemarahan dalam liga. Liga masih lagi panjang,” kata Allegri yang terus optimis tentang peluang pasukannya untuk menjuarai liga musim ini.
Max #Allegri: “Dopo l’1-1 non si può prendere un rigore del genere: ci siamo complicati la vita da soli. Bisognava riuscire a star dentro la gara. Questa eliminazione fa male: dobbiamo tramutarla in rabbia per il campionato, dove siamo in ritardo per far bene a partire da Lecce”
— Nicolò Schira (@NicoSchira) October 25, 2022
“Kami agak sedikit terlambat untuk bermula baik bermula dari [aksi menentang] Leece,” tambah beliau lagi.
Juventus masih perlu bersaing dengan Maccabi Haifa untuk menduduki tempat ketiga bagi merebut tiket ke Liga Europa. Kedua-dua pasukan kini sama dengan tiga mata.
Maccabi Haifa tewas 7-2 di tangan PSG dalam satu lagi perlawanan.